sebuah sketsa

tajuk kali nih SEDIH.
entah apa kenanya saya jadi sedih bila fikirkan nasib diri saya ni. tak semena-mena airmata bergenang hingga mengaburi pangdangan. cepat saya seka airmata ini bimbang mengganggu pemanduan saya ke tempat kerja. terkadang terfikir jemala saya nih untuk mengundurkan diri tapi demi anak-anak yang saya sayangi dan merekalah satu-satunya harta bernilai buat saya. Meraka sahaja yang ada dijemala saya. airmata berhamburan keluar. sedih sesangat tak kala mendengar surah Alam Nashrah yang sentiasa kupasang CDnyer. lagi ler sayu hati ini. Mengapa cepat sangat saya mengalah? Tunjukkan kemampuan ku YA ALLAH. Walaupun susah payah saya akan lakukan sendirian tanpa bantuan sesiapa. Siapalah saya, tiada seorang pun ingin membantu. Mengenangkan keadaan begini tolonglah beri kekuatan bagi saya YA ALLAH. dalam keluarga saya seorang sahaja yang mengelolakan tiada bantuan, tiada siapa yg ingin mendengar masalah saya, tiada kawan yg sudi mendengar luahan hati dan juga hati ini tiada siapa yang tahu betapa hancurnya jika tidak diendah oleh sesiapa. Bila rasa sunyi saya hanya berbicara sendirian, menangis, meluahkan hati pada ALLAH. Betapa sunyinya diri ini tidak seperti orang lain yang mempunyai sebuah keluarga yang sentiasa gembira saling memahami dan saling menyayangi antara satu sama lain. bagi diriku tiada istilah sayang dari DIA. mungkin sudah membenci dan meluat. hanya anak-anak tempat saya bermanja dan menagih kasih. Setiap kali solat saya masih mengharapkan DIA berubah supaya dapat menyayangi saya dan anak-anak. Setiap kali masalah saya ceritakan perlbagai tohmahan dan rungutan yang saya terima dari NYA. Saya sering beralah dan mengundurkan diri supaya tidak berlaku perang kata-kata. saya lebih senang bersiam sekarang dari berkata apa-apa. biarlah saya menanggungnya walaupun pedih dan hancur perasaan ini.
Saya ingin kembali seperti dulu. DIA ada dirumah bersama anak-anak makan, berjalan-jalan bersama kini tiada lagi semunya dibahu saya. DIA tiada ambil berat lagi. tiada lagi makan bersama, tiada lagi makan di MC D, tiada lagi jalan-jalan window shopping dan tiada lagi semua. DIA dengan diri DIA dan kawan-kawan DIA hinggalah kelarut pagi. Bila DIA balik saya dah mula sibuk untuk kerja dan anak-anak yang sibuk kesekolah.sedangkan DIA lena didalam tidurnya. Tiada lagi ciuman tangan yang dihulurkan kepada saya dan anak-anak. Anak-anak seakan faham, tiada gangguan buat DIA dan menjauhkan diri. Segala masalah saya hadapi sendirian. Syukur ada emak yang menjadi kawan dikala saya susah. namun begitu saya tidak mahu berterusan menganggu emak. Kini saya lebih suka melayan perasaan dan berdiam diri.
DIA hanya melayan kawan-kawan dan kerjanya sedangkan saya dan anak-anak tiada apa yang istimewa dipandangan mata DIA. Saya dan anak-anak terluka dengan sikapnya namun apa daya saya tiada kuasa untuk melawan. hanya pada ALLAH saya meminta supaya kami sekeluarga berkekalan. AMIN.

No comments: