Jambu Wangi

Pernah tengok tak jambu nih? Ianya merupakan sejenis jambu air tapi bau jambu ini wangi. Saya ingat semasa saya berumur 7 atau 8 tahun saya pernah makan jambu ini dan rasanya sedap dan bau nyer memang kellas wangi. Sudah lama saya tidak berjumpa dengan jambu ini dan baru sekarang saya telah berjumpa dan dengan segera saya mengambil gambar putik jambu ini. pokoknya besar dan rendang. saya ingat saya akan cuba mendapatkan buah jambu ini bila sudah masak dan saya akan minta izin dari tuanpunya jambu ini. sebenarnya bukan untuk makan sangat pun tapi disebabkan spesis jambu ni sudah berkurangan.Insyaallah saya akan berusaha untuk mendapatkannya.

No comments: