Aktiviti

Salam.
Setiap Sabtu aktiviti pagi selepas hantar anak ke sekolah tambahan, ke Pasar Tani untuk membeli stok lauk pauk utk seminggu. Balik umah bersihkah ikan dan mula masak. Sambil masak membasuh dan sidai kain. Lepas masak kemas hall, apa-apa patut lepas tu kalau rajin lipat baju yg dah kering. tepat kul 12.00pm beri my mom makan kalau my mom request ler. Kalau tidak tunggu kul 1.00 pm lepas Alia balik sekolah. Makan bersama-sama. Lepas makan & kemas rasa lega sikit ler cause keerja dah kurang. Time macam ni ler saya tidur kejap samapi ler dlm kul 4-5 pm. Semua orang tidur. Bangun mandi and siap semua, baru ler gi ke Setapak, rumah kluarga saya. Setaip minggu adalah tangungjawab saya membawa sedikit lauk pauk utk mereka.
Masa saya sampai disana mak & bapa saya baring dikatil. Mereka kurang sihat. Mak saya pening kepala. Saya dan anak2 (Ika, Nabil & Alisa) duduk bersama di bilik mak & bapak. Berborak dengan mereka sementara menunggu bapa bangun. Mak plak nangis je. Bila bapa bangun, saya pelawa utk makan tapi dia tam mahu. Saya suruh mandi dia tak nak. Saya cakap saya lap badan bagi segar sikit. Jambang dan rambut dah panjang tapi tak mau potong. Saya cakap pada bapa bersihkan muka baru nampak muka sihat. At last saya pujuk2 baru nak lap badan. Saya segera capai towel kecil dan suruh Ika ambil air dlm baldi kecil. Saya mula lap badan bapa saya. Perlahan-lahan. Selesai semua saya tukar baju dan bedakkan muka dan sikat rambut. Hah...baru ler hansem tapi jambang kena cukur dan rambut mesti potong. barulah bapa saya nak duduk dan borak ngan cucunya. saya bawa tin biskut masuk dlm bilik dan makan bersama-sama. adalah setengah keping makan biskut. ok ler tu. pas tu adik saya bawakan air nescafe untuk bapa dan minum bersama.
Agak lewat petang saya mengundurkan diri dan pulang kerumah. Ingak nak g pasar malam tapi malas ler plak. tapi lepas tu nak gi plak dan akhirnya saya pergi juga dan beli sotong. mmg fresh. Tak der beli makanan cause nak cepat hari dah mula gelap dan nak hujan.

No comments:

Post a Comment