Pada 2/6/2209 , Selasa, 5.30 petang bertempat di Hospital Kuala Lumpur, Bapa saya Mohammed Salleh telah meninggalkan kami semua dengan tenang. Bapa dengan rela hatinya meminta beliau dimasukkan ke hospital pada hari Ahad dan terus dimasukkan ke wad ICU, kerana sukar untuk bernafas. Saya telah diberitahu pada petang hari Isnin oleh adik saya semasa di pejabat. Tepat pukul 8.30 malam kakak saya menelefon dan menyuruh saya datang dimana doktor pakar yang merawat bapa saya menyuruh kesemua anak-anak datang. Saya amat terkejut dan bergegas ke hospital dengan anak saya, Ika.
Sampai sahaja di hospital saya bergegas ke wad ICU dan bergilir-gilir untuk masuk. kakak dan adik sudah ada. Apabila saya masuk dan genggam tangan bapa dan menciumnya. saya menangis bukan keran hiba atau sedih tapi saya kasihan melihat bapa yang terlalu sukar utk bernafas. Saya dekat ke telinga bapa dan mengajar bapa mengucap perlahan. Bapa genggam tangan saya. berkali saya mengajar bapa mengucap. setelah lama saya mengundurkan diri untuk memberi ruang kepada sanak saudara yang datang. Sebelum keluar saya meminta maaf pada bapa tapi seakan tersekat-sekat kerana sebak. Air mata sentiasa mengalir. Saya menyuruh Ika melihat atuknya. Ika akur. Saya, Ika dan lain menunggu bapa sehingga pagi. Tepat pukul 3.00pagi doktor memberitahu bahawa bapa akan ditransfer ke wad. Kami akur dengan doktor.
2/6/2009
Saya masih menunggu hingga ke pukul 6 pagi. dan kemudian mengundurkan diri setelah melihat bapa. saya menghantar adik saya ke Desa Rejang dan saya terus pulang kerumah. Saya membeli sedikit sarapan untuk anak-anak. saya tidur sebentar kemudian mandir dan masak. tepat pukul 12 tgh saya ambil Alia di kelas tambahan dan terus ke hospital. Setibanya dihospital adik dan kakak telah sediada dan kami terus bersegera melihat bapa. Alhamdulillah bapa dah stabil. Doktor kata bila stabil doktor akan buat dialisis. Kami semua akur dan gembira sangat bapa dah stabil dan sihat. Saya pergi sebelah bapa dan mengusap lengan bapa yang sangatlah cantik kulit bapa tidak kecut dan tidakmengelupas lagi. Saya cakap pada bapa
"Bapak, kulit bapak dan cantik, muka pun dan tegang bersih, macam orang sihat sangat. Itulah ita dah kata masuk air dlm badan awal-awal ari tu kan. tengok dah hensem bapak sambil senyum. Bapak hanya angguk kecil dan senyum. Bapa tanya Zack, Jun. Saya cakap nanti petang Zack datang. Jun sekejap lagi datang. Zack itu suami saya ler, dan Jun tu anak buah saya. WAktu melawat dah habis kami semua turun kebawah cuma adik yang menjaga bapa. Setiba ditempat menunggu ramai saudara bapa yang datang, dari penang pun ada. kami rasa senang hati sesangat lihat bapa dah ok, nampak sihat dan ceria. Syukur alhamdulillah. Dalam hati saya tersangatlah lega sgt bila lihat bapa begitu. Waktu melawat petang, semua dibenarkan masuk. sanak saudara semua masuk. Tapi saya lihat bapa seakan sesak dan sukar bernafas balik. Tension sekejap dan rasa marah kerana tapi bantal bapa tinggi mengapa pula sekarang tidak berbantal?persoalan timbul dibenak saya. saya tanya pada adik siapa turunkan bantal, rupanya bapa sendiri tidak mahu berbantal. Saya akur. tapi susah bapa nak bernafas. Mami, kakak/adik dtg dari Penang menghampiri bapa. Kulihat mami tabah. Aku lihat bapa dari hujung katil. Kulihat jam pukul 5.00ptg, tiba-tiba saya lihat bapa sudah berhanti pernafasan tapi nadi masih ada. bergegas kakak saya kedoktor dan kami diarahkan utk ketepi dan beri laluan bapa doktor. abg dan kakak masih disisi bapa. saya hanya berteka-teki sendiri di luar tabir. Tiba-tiba dokto keluar dan memanggil abg serta adik-beradik berbincang dan memberitahu bahawa doktor tidak mahu memberi pertolongan pernafasan elektrik kerana disebabkan faktor usia bapa dan kesakitannya. Doktor memberitahu biarlah kita redha dan biarlah bapa pergi dengan tenang tanapa kesakitan dan tekanan yang diberikan. kami semua terkedu dan berserah. Sanak-saudara mula membuat panggilan. Saya masih lagi berdiri dihujung bapa melihat bapa tidk sedar dan diajar mengucap oleh abag2 dan sanak saudara. Air mata saya tidak keluar barang setitis. Kuatnya ku tahan tapi akhirnya tepat 5.30 petang bapa meninggalkan kami semua dengan tenang. Saya terpaku dan diam. Abg iparku menyuruhku pulang dan menyediakan persiapan dirumah. Aku akur. Sebelum itu kutelefon kerumah untuk memberitahu bahawa bapa sudah tiada lagi.
"Hello, Alia atuk dah tak de.Baru jer meninggal dunia. aku mula menitiskan air mata. Kemuadia ku telefon Suami , dan airmata mula mengalir laju. Suami dalam perjalanan dan ku suruh pulang kerumah untuk membawa kedua orang anak-anak ku ke masjid berdekatan Desa Rejang di mana jenazah bapa akan dimandi dan dikafan di hospital dan terus dibawa ke Masjid untuk disembahyangkan dan juga pd malam itu juga jenazah bapa selamat dikebumikan di Taman Selasih.
No comments:
Post a Comment