Hari ni saya mesti bawa mak ke Klinik cause cirit-birit agak teruk. Baru elok demam dah dpt pulak cirit-birit. Aduh mak, biarlah saya yang tanggung sakit mak tu dari mak kena macam ni. Biar saya yg cirit birit. Kasihan sungguh dengan tak mau makan tiada selera, dengan keluar masuk tandas entah berapa kali. Penat sungguh mak. Jatuh hati aku bila mak tak sihat macam ni.
Bawa ke POLIKLINIK, Doktor Hj. Daud nih mmg peberet doktor bagi warga-warga emas dikawasan rumah aku nih bukan apa cara layanan doktor ni membuat pesakit warga emas ni berasa yakin dan tidak takut. dengan layanan yang lembut, tutur kata, budi bahasa dan lain-lain lah mmg membuat perasaan warga-warga emas ni rasa SELAMAT. Doktor kata perut mak penuh dgn angin , itu yg buat mak rasa tidak sedap perut dan tidak selera. bila makan muntah. cirit-birit pula panas didalam badan. itu yang buang air besar hanya keluar air shj. Sudah kecut badan mak, kurus dah. tenaga pun dah kurang. itu yang buat saya runsing. bila mak tak nak makan saya akan jadi marah dan suruh mak makan juga sedikit. saya jadi tegas. sebenarnya tidak lah sampai hati nak marah tapi saya mesti buat camtu cause nanti mak tak nak jamah makanan pun. Semoga mak cepat sembuh. Hari ni saya ke ofis lagipun akak dah ada kawankan emak.senang hati sikit tinggalkan emak walaupun berat hati nak tinggalkan emak.kalau boleh saya nak 24 jam berada dgn mak.risau dan runsing dibuatnya. APAKAH ANDA BERPERASAAN BEGINI BILA AYAH/IBU ANDA TIDAK SIHAT?.
Saya pun serbasalah nak pergi keje atau tidak. dah lah mak macam ni 24 jam ketandas tak kan saya nak pergi keje plak. nampak sgt la kan. pagi lagi saya dah message boss saya mengatakan saya membawa emak saya ke klinik. Boss reply balik dan type OK. Lega sikit hati ni bila boss kata OK. tapi apa-apa pun saya buat yang terbaik utk emak saya. Tak kan saya nak tinggalkan emak saya dlm keadaan macam tu. Sendiri mau ingat ler kan. Saya dah ramalkan bahawa ada segelintir spesis yang akan mengata saya di ofis. Memang ramalan saya tu nyata. tapi saya buat tidak tahu dan saya anggap spesis adalah sejenis spesis yang tiada perasaan dan hatinya hitam. dan juga saya berdoa mungkin satu hari nanti spesis-spesis ini akan dapat juga merasa bagaimana saya rasa nanti. Jangan biasakan umpat orang dibelakang kerana setiap kali umpat yang diceritakan pada orang, kain hampirlah neraka jahanan pada spesis begini. Kalau tidak tau menahu masalah orang jgn sesedap rasa nak citer bukan2 pada orang. Mulut kena jaga plak. saya pun ada tahap kesabaran saya. sekarang ni peringkat sabar saya dah hampir kepada maksimanya.kalau lebih dari had maksimanya saya yakin spesis ni akan bersalin kulit plak nanti tak pun kena duduk bawah tempurung cause malu nak jumpa orang...Insyallah setakat ni saya boleh cover saya punya tahap kesabaran. Jangan suka-suka menaikkan tahap kesabaran saya melebihi tahap maksimanya. Dan juga saya akan ingat setiap apa yang mereka lakukan dan jika saya maafkan pun mungkin hati saya tidak 100% memaafkan...so LU PIKIR LAH SENDIRI kenkawan ye...
Kepada kenkwan yang suka mengumpat, saya nak tegaskan, UMPATLAH DIRI SENDIRI SEBELAUM MENGUMPAT ORANG LAIN.
No comments:
Post a Comment