26/9/2009 - maaf

salam.
Agak lama saya mendiamkan diri dan blog ni dah lama tidak diupdate. bukan apa. untuk penegetahuan semua saya telah kehilangan emak tersayang yang sekian lama saya disisinya hinggalah emak menghembuskan nafasnya terakhir di Hospital Pusat Rawatan Islam pada 24 hb Jun 2009. Saya rasa tak tau cakap bagaimana rasa tiada emak dan betapa hancurnya hati saya sejak emak meninggal dunia. Keperitan hidup tanpa emak memang teruk rasanya. Itu bagi pendirian saya. Saya tidak tau jikalau anda yang mengalaminya. Tapi bagi saya ianya amat berat saya terima dan sehingga saya memulakan blog ini saya masih mengalirkan airmata saya bila terkenangkan emak saya. Marilah bersama-sama kita menyedekahkan Al-Fatihah untuk emak saya yang paling saya sayang dan saya terlalu rindu dengan mak.
__________________________________________________________________
Dukacitanya dimaklumkan, Bonda kepada Pn. Zamita Amran, Jabatan Produktiviti dan Pengurusan Kualiti telah kembali ke rahmatullah pada 24hb Jun 2009 bersamaan dengan 1 Rejab 1430 pada pukul 2.00 pagi di Hospital Pusat Rawatan Islam. Jenazah akan di bawa ke No 10, Jalan AU2A/3, Taman Sri Keramat sebelum dikebumikan tengahari ini di Hulu Langat. Marilah kita berdoa semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan Allahyarham di kalangan orang-orang yang beriman.

Al - Fatihah "Ya Allah Ya Tuhan kami, tambahkanlah kebaikan kepadanya, ampunkan kesalahannya, selamatkanlah dia daripada azab kubur, himpunkan dia dengan rahmat - Mu serta keamanan daripada azab - Mu, Amin"
__________________________________________________________________
Saya bagi pihak keluarga ingin memohon kemaafan jika ada terkasar bahasa bicara dan juga terima kasih yang tidak terhingga, tidaklah dapat saya membalasnya hanya ALLAH S.W.T sahaja yang dpt memberi ganjarannya kepada anda semua. Saya amat terharu kerana sokongan dari kawan-kawan dan juga dari Ketua Jabatan membuat saya menjadi kuat untuk terus kuat menghadapi masa hadapan. Saya juga meminta maaf jika selama ini saya selalu tidak dapat menghadirkan diri, ini adalah kerana komitmen saya pada keluarga saya terutama ibu saya yang begitu saya hargai dan sayangi. Diharap kalian faham akan situasi diri saya.
Wassalam. Terima Kasih.
Zamita binti Amran
Taman Sri Keramat.

No comments: