PUASA TANPA EMAK (22/9/2009)

SALAM.
Nampak gaya puasa tahun ini saya dan anak-anak tidak ditemani oleh emak. Beberapa hari sebleum puasa saya menangis sendirian bila teringat akan arwah emak. Bukan apa saya rasa, saya masih memerlukan emak dalam hidup saya. Diri saya kuat demi emak. Saya jadi bertenaga demi emak. Saya jadi berani demi emak. Saya sanggup korbankan apa sahaja demi emak. Biar orang caci maki marah tapi demi emak saya terima sahaja semua.
Puasa ini memang tidak bermakna lansung bagi saya kerana bila arwah emak ada, saya dengan gembiranya mengmbil cuti untuk masak rendang, buat air sirap dan macam-macam persediaan bersama dengan emak. Tapi kini semuanya kosong. Keadaan tidak sama macam mana arwah emak ada. Tidak sama lansung dah sudah tentunya puasa ini tidak seronok tanpa arwah emak. Anank-anak seringkali bercerita tentang arwah nenek mereka. Bagaiman keadaan ketika berbuka bersama arwah nenek. Saya sudah semestinya merindui gelak tawa arwah emak semasa berbuka ketika menunggu Azan Maghrib, seperti tidak sabar-sabar, mengmbil lauk pauk penuh keliling pinggan, YA ALLAH saya hilang semua itu...menunggu arwah emak makan yang begitu selera bila lauk yang berkenan dihatinya sedap. Yang pasti air sirap suam bercampur timun yang disagat halus, itulah air untuk berbuka arwah emak yang selalu disediakannya. Ibu sirap yang dibuat sendiri , dimasak dengan daun pandan supaya wangi. Itulah satu kemestian bagi arwah emak. Tapi tahun ini saya tak mampu nak menyediakannya kerana saya akan menangis setiap kali saya lihat air sirap. Namun saya cuba lawan perasaan itu, dan air sirap juga menjadi air pembuka puasa saya.
Selalu setiap kali pulang dari ofis arwah emak akan tunggu di depan sambil duduk bersama cucunya, tapi kali ini tiada lagi arwah emak menunggu saya cuma imaginasi saya yang selalu mengatakan arwah emak tetap menunggu saya ditempat biasa arwah emak duduk. Bukan apa cuma untuk menenangkan hati saya. Arwah emak sentiasa berada terpahat kuat dalam ingatan saya. Sebulan berpuasa tanpa arwah emak cukup menyakitkan diri saya. saya amat merindui emak, saya rindu suara emak, gelak tawa emak yang ketawa sampai terpejam mata, senyum emak, marah emak pada emak, rajuk emak semuanya saya rindu.
Setiap barang emak saya sayang. Tongkat emak pun saya marah kalau dibuat main oleh anak-anak saya apatah lagi barang-barang lain. Saya andaikan arwah emak masih ada. masih menggunakannya. Saya jadi macam kacau bilau. YA ALLAH kuatkanlah iman ku YA ALLAH, berilah ku kekuatan untuk menghadapi dugaan hebat dari MU YA ALLAH. Berikan ku dan keluarga ku perlindungan YA ALLAH.
YA ALLAH maha hebat dugaan MU pada ku YA ALLAH. Aku redho dan bersyukur serta berbangga kerana aku telah dipilih oleh MU YA ALLAH untuk menerima ujian & dugaan yang maha hebat ini YA ALLAH.

No comments:

Post a Comment