4/9/2009 - Jumaat

Salam.
Semalam saya terima satu surat Jemputan dari Pejabat Daerah dan Tanah Gombak. Ini berkenaan dengan penyampaian bayaran skim mesra usia emas fasa dua especially this is for my beloved mom. Alangkah terharunya saya bila saya baca surat jemputan itu. Saya akan gunakan supaya EMAK akan memperolehi pulangannya di SANA.
Airmata terlepas juga pada pukul 2 pagi tak kala saya membaca jemputan itu. Kalau EMAK ada tentu EMAK bersyukur memperolehi rezeki yang melimpah. Tapi saya akan gunakan bayaran skim itu kejalan yang EMAK pun dapat merasa pulangannya. Insyaallah.
Makin hampir hari raya makin sayu hati saya. tak taulah kenapa? Ramadhan ini telah menjanjikan ketenangan buat saya. Saya banyak berdiam diri dan saya rasakan ALLAH itu faham akan isi hati saya lalu diberikan ketenangan itu bagi saya, saya redha apa sahaja yang orang lakukan pada saya dan saya juga yakin ALLAH akan membalas segala apa perbuatan yang tidak baik pada mereka-mereka. Insayaallah.
Saya bukan pendendam tapi saya ada perasaan dan juga saya ada maruah.

No comments:

Post a Comment