Salam.
22/8/2009
Puasa 1.Sabtu.
Ramadhan 2009 kali ini saya sambut dengan deraian air mata. bagi saya menyambut kedatangan Ramadhan adalah bulan yang ditunggu-tunggu dan saya berasa meriah sangat bila Ramadhan tiba. itu masa EMAK ada tapi sekarang EMAK tak der jadi macam tunggul kayu. dan Ramadhan kali ini adalah Ramadhan untuk anak-anak betapa gembiranya mereka apabila Ramadhan tiba. Akan saya cuba untuk gembira dan meriahkan hati ini. berpuasa seperti biasa.
aktiviti seperti biasa pergi pasar tani dan balik basuh ikan semua dan asingkan mana ikan yang nak dibawa kerumah Mak Arah di Desa Rejang, Wangsa Maju.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
23/8/2009
Puasa 2.Ahad.
aktiviti pagi selepas sahur sementara menunggu sembahyang subuh saya mengaji. selepas tu saya siapkan diri dan bangunkan anak-anak untuk menziarahi pusara EMAK di Hulu Langat. Pagi lagi saya dan anak-anak bertolak. memang saya nak g awal cause takut nanti cuaca panas plak lagi pun bila pergi pagi kita fresh. Bersihkan pusara AYAH dan EMAK. Rasa tenang hati saya bila berada di pusara EMAK dan AYAH. Tenang sesangat dpt melepaskan rindu pada EMAK. Saya dapat rasa EMAK ada melihat kami semua dan mungkin EMAK gembira akan kedatangan kami. Saya menangis semahu-mahunya melepaskan perasaan. anak-anak cuma diam. Saya memang sentiasa nak EMAK dengan saya. Rindu pada EMAK tak terkata tapi saya hanya mampu mendiamkan diri dan menangis. Puasa seperti biasa.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
24/8/2009
Puasa 3.Isnin.
Seperti biasa. Kerja. Sekolah sudah mula cuti selama seminggu. waktu pagi tidaklah saya kelam kabut. Mereka semuanya cuti. Saya keluar dari rumah tepat 7.30 pagi dan sampai d ofis pukul 8.00pagi. Saya ikit DUKE so cepatlah sikit sampai. Keadaan jalan tidak sesak semuanya berjalan denga lancar tidak berserabut tapi dalam keadaan tenang membawa kereta air mata saya keluar tanpa disedari. saya rindukan EMAK. dan apabila kereta saya melewati kawasan perumah Mak Arah air mata semakin laju dan MULUT saya berkata Sayang saya pada EMAK tidak akan padam dan tidak sama sekali luntur dalam diri saya...saya menangis semahunya ...
######################
25/8/2009
Puasa 4.Selasa.
Bersahur dan puasa seperti biasa bersama anak-anak dan suami. Saya memang tidak boleh makan pagi kerana sakit perut. Suami dan anak-anak cuma makan roti sahaja. Kerja seperti biasa. Sebelum meninggalkan rumah saya selalu menoleh pada kerusi yang EMAK selalu duduk, tapi kerusi itu sekarang tiada penghuninya. Saya sunyi tanpa EMAK. Tiada lagi EMAK yang melihat saya pergi kerja tapi saya selalu bayangkan EMAK ada...nangis lagi...mata ni seakan bocor airmata senang sangat untuk keluar.
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
26/8/2009
Puasa 5.Rabu.
Puasa seperti biasa. Kerja pun seperti biasa cuma hati ini sahaja tak biasa.
*******************************************
27/8/2009
Puasa 6.Khamis
Kerja seperti biasa. Tidak sabar menunggu hari Ahad. Anak-anak semakin biasa dengan berpuasa. tiada rungutan pada mereka cuma saya akan membeli sedikit juadah pada mereka sebagai menghargai anak-anak yang tiada masalah untuk berpuasa.Syukur alhamdulillah. Anak-anak mengikuti puasa tanpa rungutan dan menurut perintah ALLAH S.W.T.
(((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((
28/8/2009
Puasa 7.Jumaat.
Puasa dan kerja seperti biasa. Selepas sahur tiada istilah tidur bagi diri saya dan bersiap untuk kerja. Selepas sembahyang subuh kalau sempat baca Al Quran. Azam saya untuk cuba menghabis Al Quran.Insyaallah.
)))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))
29/8/2009
Puasa 8.Sabtu
aktiviti mebeli lauk pauk di pasar. Membeli ikan dan sayuran. balik rumah saya cuci ikan dan masukkan dam plastik kecil dan simpan dlm peti ais. selepas siap semua saya mula masak. teringin nak makan tumis sayur kobis dengan ikan masin sepat goreng. saya masak awal sebabnya masa EMAK ada pun saya memang masak awal lepas tu bole rehat atau borak. saya siapkan semua dan simpan dalam almari. Gulai cili api ikan dgn tomato saya sediakan dan alamak...santan tak der. Tak pe janji saya dah sediakan nanti pandai abg saya beli ler santan. siap masak semua urus plak bahagian depan tempat anak tidur lipat semua selimut dan bantal. siap semua saya keluar dan hantar lauk pada Mak Arah. Hubby ajak g pasar ramadhan. satu keluarga pergi. meriahnya pasar ramadhan setiawangsa. saya nak amik gambar tapi malu ler plak.
...............................................................
30/8/2009
Puasa 9.Ahad.
Puasa seperti biasa. bangunkan anak-anak pagi dan mandi. siap semua saya kemas tempat tidur. hari hujan plak. Ika lambat plak bangun pas tu liat plak mandi. saya g pasar tani di Ampang dan beli daun pandan dan jering jebang. Kesukaan EMAK ni. itu yang saya beli. teringin nak makan sambal jering ngan ikan bilis. EMAK mmg peberet nih. dalam membeli hati saya sebak. siap beli semua balik umah amik ika dan kami terus ke pusara EMAK di Hulu Langat. Dalam keadaan hujan lebat tu hati saya tenang hinggalah tibanya saya di pusara EMAK. hari masih hujan walaupun hujan ada juga orang yang menzirahi pusara saudara mara termasuklah kami semua. kami pergi ke pusara dan bersihkan daun-daun yang gugur. walaupun hari hujan saya tetap disamping pusara EMAK. Kali ini saya cuba menahan jgn nangis tapi akhirnya saya tewas. Selepas zirah pusara EMAK kami pergi ke pusara AYAh. alhamdulillah pusara AYAH bersih. Hujan semakin reda. dan kami pun pulang walaupun berat rasa hati saya nak meninggalkan EMAk tapi saya terpaksa.
Kami terus ke rumah abg saya di Bangi kerana nak order kuih raya dan ambil sample raya. hampir pukul 3.30 ptg baru kami bertolak balik kerumah di keramat. dalam kereta anak-anak tidur. sampai dirumah hubby dah tunggu untuk ke gombak so hubby ajak semua so kitaorang pun pergi. balik dari gombak singgah di bazaar ramadhan setiawangsa untuk membeli sedikit juadah.
"""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""
31/8/2009.
Puasa 10.Isnin
MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA
SELAMAT MENYAMBUT MERDEKA YANG KE 52 TAHUN.
1 MALAYSIA.
Yahoooo. macam biasa. aktiviti selepas sahur, tidak tidur.menonton tv pasal tadarus kanak-kanak. suka melihat kanak-kanak membaca Al Quran. Selepas sembahyang saya bergegas ke halaman rumah untuk mengemas dimana rumput dah panjang dan daun-daun mangga banyak gugur. Macam rumah tinggal pulak. Kasihan hati ini tak kala melihat bunga-bunga EMAK tidak terjaga. Saya pun mengambil gunting dan memulakan memotong rumput. Saya bersihkan semua sehingga hati saya puas dan saya yakin EMAK pun tentu puas hati melihat laman rumah sudah bersih. Saya bakar sampah dan sapu semuanya. Pokok-pokok bunga siap semua saya potong. tepat kul 11 pagi saya siap semua dan mandi bersihkan diri,lepas tu siapkan anak-anak dan bawa mereka kluar utk shopping baju raya...heheheh. baju sepasang sorang udah ler. sampai ler nak dekat buka posa tapi sempat gak g bazaar ramadhan dekat ngan umah tu beli kuih-muih jer dan kepak ayamg madu.
__________________________________________________
1/9/2009
Puasa 11.Selasa
Keje. anak-anak mula sekolah so kembali kelam kabut. dah masuk bulan september.cepat masa berlalu. hari ni dah 70 hari EMAK meninggalkan kami. Emak, kalau EMAK ada kan meriah puasa nih. Saya dah dapat rasakan meriah puasa itu tapi tidak 100% meriah.
Kalaulah ditakdirkan EMAK boleh kembali semula biar saya jaga EMAK selamanya hingga kiamat dari saya menerima pelbagai dugaan yang datang. kadang-kadang tak tertanggung rasanya.
2/9/2009
Puasa 12.Rabu
Isk...dah 10 hari posa dah. tak trasa ler plak.apa-pa pun alhamdulillah saya dan keluarga dapat menempuhi posa dengan tenang. keja mcm biasa. teringin rasanyer nak dengar lagu raya tapi mesti saya nangis giler dgr lagu raya...
///////////////////////////////////////////////////////
3/9/2009
Puasa 13.Khamis
Mcm biasa puasa. Keje pun cam biasa tapi prasaan nih masih tak biasa lagi aduhai makkkkkkkk...
4/9/2009
Puasa 14.Jumaat
Kerja macam biasa. Selepas sahur biasanya saya jarang tidur. bukan apa hati runsing.
************************************************************
5/9/2009
Puasa 15.Sabtu
Aktiviti biasa. dan melayan perasaan.
========================================
6/9/2009
Puasa 16.Ahad
Juga aktiviti biasa.Menziarahi pusara emak dan ayah di Hulu Langat. Aktiviti mingguan saya dengan anak-anak.membersihkan pusara ayah dan emak. juga disinilah tempat saya melepaskan rindu saya pada mak. dini jugalah perasaan saya tenang apabila berasa di pusara emak dan ayah. lepas semua settle, saya akan pergi pula ke bangi bukan apa saja bawa anak-anak bermain bersama anak buah saya yang masih kecil-kecil tu. Seronok juga tengok telatah mereka. saya plak sibuk berborak pasal kuih raya. kakak ipar saya sibuk masak kuih raya dan saya plak sibuk layan borak hehehheeh....anak buah saya plak sibuk gak tolong mak dia buat kuih. anak-anak yang lain sibuk main. saya mahu gerak nak balik tapi anak-anak buah semunya ajak berbuka dirumah mereka. sian plak tengok yg kecik2 tu mengajak "Ucu buka puasa sini la, ucu tak penah buka puasa rumah kitaorang".anak-anak pun memang suka bebenar, memang setuju sesangat.so oklah akhirnya berbuka di bangi. seronak gak buka ngan anak buah yang kecik2 nih. Belanja sikit dibazaar ramadhan dan apalagi buka posa lah. mereka buat cucur...mmg peberet saya cucur ni lebih-lebih lagi kalau emak yang buar.cucur sayur mmg sedap sungguh air tangan emak. rindu masakan emak........
###############################################
7/9/2009
Puasa 17.Isnin
Hari ni selangor cuti Nuzul Qur'an. Hari ini saya mengmbil kesempatan untuk membersihkan halaman rumah yang seperti rumah tinggal keadaannya. mana penuh dengan sampah sarap,puntung rokok, kotak rokok, daun-daun kering juga ranting-ranting pokok. Hati saya lega dan tenang bila melihat halaman depan rumah bersih. Tapi penatnya membuatkan saya berasa spt hendak berbuka posa. Tapi saya kuatkan iman saya utk terus berpuasa walaupun tekak ni kering kontang. Semasa saya membersihkan laman depan rumah saya rasa seperti emak ada ditempat duduk seperti selalunya yang dilakukannya setiap pagi. Terdengar-dengar suara emak menyuruh saya berhenti sebab cuaca dah panas. tepat pukul 1.00 tengahari saya berhenti dan semua kerja settla. saya rasa amat puas hati kerana saya mengerjakannya bersama anak-anak dan juga dengan tangan saya sendiri tanpa minta upah untuk membersihkan dari bangla-bangla yang lalu-lalang dengan basikal tu. mesti emak rasa gembira sebab taman mak dah bersih. dan dengan itu saya akan namakan laman itu dengan nama "LAMAN NOSTALGIA"
**********************************************************************
8/9/2009
Puasa 18.Selasa.
hari ini saya cuti kerana memberi sokongan pada anak saya Nur Alia yang akan menghadapi peperiksaan.
Hari ini merupakan hari peperiksaan UPSR. Anak saya no.2 akan menghadapi peperiksaan ini. Sedari 4 pagi selepas bersahur saya tidak tidur, saya mengaji dan membaca yassin. Alia pun tidak tidur kerana takut lambat utk ke dewan peperiksaan. Berbagai persediaan dilakukan. Kak Ina sebelah rumah dua tiga hari sebelum periksa menghantar SMS ttg ramalan soalan peperiksaan. Terima kasih bebanyak pada Kak Ina yang sentiasa sudi membantu. Syukur alhamdulillah saya dapat jiran seperti KaK Ina dan keluarga. kak Ina kuanggap sebagai seorang kakak yang sentiasa memberi nasihat dan juga sokongan sejak mak meninggal. Saya rasa tenang bila berbicara dengan Kak Ina. Terima kasih banyak kak Ina.
Tepat pukul 7 pagi Alia sudah bersiap utk kesekolah dan saya menunggunya sehingan alia masuk kedewan peperiksaan kemudian bersalaman dengan guru-guru. Semoga alia menghadapi peperiksaan dengan tenang.
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
9/9/2009
Puasa 19.Rabu.
MAsih bercuti menemani alia disekolah. sebaik shj alian masuk kedewan saya balik kerumah. hari ni aktiviti saya mengemaskan laman dibelakang rumah pulak. kemaskan semua dan tempat laluan belakang juga saya kemaskan. barulah tak sakit mata memandangnya. Sedih saya lihat sejak emak tak ada sorang pun tak mau kemaskan laman belakang rumah. Kenapa ye? tapi bila saya ingatkan emak, saya harus buat itu semua kerana saya sayangkan emak dan saya tahu emak mesti tidak suka bila rumput dah mula panjang. saya faham sgt perangai emak. saya lakukan bersama nabil dan alisa tanpa ada bantuan yang lain. dan akhirnya saya puas hati saya dapat lakukannya dengan cepat.
______________________________________________________
10/9/2009
Puasa 20.Khamis
Cuti lagi. dan hari ni peperiksaan berlansung hingga 3.45 petang. saya harap alia akn tabah menghadapinya den juga dapat bertahan kerana berpuasa. Alhamdulillah alia dapat menghadapinya dan syukur alhamdulillah alia masih mampu berpuasa. tiada masalah padanya. dalam diam saya berbangga dengan anak-anak saya kesemuanya kerana mampu untuk berpuasa dan tidak mudah bagi mereka untuk buka puasa sekiranya tanpa sebab. Syukurlah mereka mempunyai niat yang ikhlas untuk berpuasa tidak sewenang-wenang untuk berbuka.
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
11/9/2009
Puasa 21.Jumaat.
Hari ni saya pergi check-up. dah lama saya tidak pergi sejak mak meninggal. Doktor pun ada tanga nape lama tak datang. Saya buat check-up untuk High Blood dan Sugar. Alhamdulillah sugar saya bacaannya 4 shj. tapi saya cepat pitam dan macam nak jatuh. Darah tinggi pula sedikit tinggi mungkin sebab saya sekarang nih stressed dan maybe saya selalu memikirkan masalah saya. dan juga keadaan cuaca pun bleh jadi darah naik kan. So mc.
____________________________________________________________
12/9/2009
Puasa 22. Sabtu.
Aktiviti mencari baju raya anak-anak. petang baru hantar lauk pada Mak Arah di Setapak.
_____________________________________________________________
13/9/2009
Puasa 23.Ahad.
Balik menzirahi pusara ayah dan emak. alhamdulillah hujan pagi, hujan rahmat. Walaupun hujan saya tetap meneruskan perjalanan saya dengan anak-anak ke kampung. Uda, ateh dan Ucu akot pun pergi menziarahi pusara pak tua dan nek along. Setibanya disana saya dan anak-anak membersihkan pusara emak dan kami duduk keliling pusara emak untuk bersedekah Al-Fatihah. Uda, Ateh, Ucu dan pak dol baru sampai dan mereka pun menziarah pusara emak. air mata saya tidak dapat dibendung mengalir laju seperti paip bocor. Uda kata jgn menangis tapi air mata saya semakin laju. tiada dapat dibendung perasaan saya. saya begitu sedih sejak mak tak der pelbagai tohmahan yang dtg pada saya. Jika inilah dugaan yang ALLAH berikan pada saya, saya redho dan saya rasa amat istimewa kerana ALLAH telah memilih saya untuk menghadapi semua dugaan ini. Bukan semua orang yang ALLAH pilih, ALLAH akan memilih orang-orang tertentu saya yang sanggup menghadapi dugaan dariNYA. Ya ALLAH kuatkan iman ku, tetapkan pendirian ku, berilah kekuatan pada ku.Amin.
Hari ini saya berbuka puasa bersama sepupu saya an juga keluarga saya. terasa tenang hati saya bila berbuka dengan sepupu saya kerana bagi saya ianya seperti kakak yang tahu menghargai seorang adik, yang faham isi hati saya, yang sentiasa memberi sokongan pada saya. kami membesar bersama, dan tidak pernah sekalipun kami bermasam muka atau bergaduh. antara saya dan sepupu saya kami mempunyai chemistry yg sama. jadi kami tiada masalah sesama sendiri. dia tahu perangai saya dan saya tahu perangai dia.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
14/9/2009
Puasa 24.Isnin.
Kerja macam biasa. seminggu saya tidak ke pejabat kerana bercuti. saya settlekan semua kerja-kerja saya. dan tiba-tiba satu panggilan yang membuatkan saya rasa teramat tension hingga pening kepala nak fikir dan saya malas nak fikir.
00000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000
15/9/2009
Puasa 25.Selasa.
Kerja macam biasa.tapi hari ni saya setengah hari disebabkan menguruskan satu masalah. mulanya malas nak layan tapi kesian plak.geram pun ada. yang pastinya hari ini saya menangis bagai nak rak...saya bukan nak tunjuk baik atau minta simpati atau berlakun...tapi saya menangis kerana saya kasihankan emak .
%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%
16/9/2009
Puasa 26.Rabu.
kerja. kepala masih bengong lagi. memikirkan masalah orang diri sendiri tak tentu arah. YA ALLAH aku memohon pada MU agar dikuatkan iman ku, disihatkan tubuh badanku, ditunjukkan jalan lurus dan benar yang diredhoi oleh Mu. Berilah petunjuk kepada ku YA ALLAH.AMin
****************************************************************************************
17/9/2009
Puasa 27.Khamis.
seperti biasa.
___________________________________________________________________
18/9/2009
Puasa 28.Jumaat.
ari nih mmg plan nak gi buka posa d luar ngan anak-anak. baru nilah dpt merasa berbuka posa diluar dengan family kan. bukan aper tersa ler jakun sikit heheheheheh. walau pun hati ni hiba kerana teringatkan emak namun saya kuatkan emosi saya demi anak-anak dan kluarga. saya kena kuat. so balik ofis kul 4.30ptg tapi sesaknya highway tak dpt nak kata, smpai dirumah hampir 5.30 ptg , hubby dah sedia ngan anak-anak nak kluar so saya tanpa masuk kerumah terus parking keta dan masuk terus keta hubby dan saya beritau kakak ipar saya nak berbuka dengan hubby dan friend serta anak-anak. bagi saya tiada apa untuk difikirkan kecuali berbuka dengan anak-anak. dalam otak saya tgh fikir jln sesak camner nak smpai awal ketempat makan. tapi dlm kereta airmata ini gugur juga tanpa dpt disekat hingga sesak nafas saya. entahlah perasaan ini sering barbaur, bercampur aduk...aduhai malas rasanya nak citer...YA ALLAH kuatkan iman ku YA ALLAH. selepas berbuka hampir 9.00mlm kami balik kerumah dan kulihat rumah tak der orang yg ada hanyalah anak-anak buah yg juga baru balik berbuka dengan kenkawan. abg, kakak dan anak buahku tak der kat umah mungkin pergi berbuka diluar agaknya. hinggalah kelewat mlm ku tunggu mereka tak muncul-muncul dan aku yakin mereka kerumah adik kakak ipar ku di kajang. jadi tidaklah kufikir kerana bagi saya mereka pun ada hak pada kakak mereka kerana ibu dan ayah sudah tiada jadi pada kakaklah mereka ingin beraya bersama. saya terpaksa berkorban perasaan kerana bagi saya itu adalah hak masing-masing. biarlah saya bersama keluarga dan anak-anak buah beraya dirumah yg sepi lagi suram. aku redho dan pasrah...
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
19/9/2009
Puasa 29. Sabtu.
seawal 4.00 pagi saya sudah bangun menyiapkan sahur dan bergegas ke pasar tani untuk membeli daging dan bahan-bahan membuat rendang daging.alhamdulillah seawal 5.30pagi sudah mula jualan dan dengan sengan saya mendapat semua bahan-bahan tanpa orang yang ramai. pulang kerumah dan mulanakn memasak. alhamdulillah saya siap semuanya menjelang petang.selesai semua saya berehat dan mengemas rumah lebih-lebih kurang ler. kemudian berbuka bersama anak-anak dan anak2 buah. rasa hiba kian kuat tapi kutahan.inilah dugaan bagi saya. aku berjaya memasak rendang daging, kuah kacang dan juga ketupat. Mujur anak-anak mahu menolong didapur ringanlah sedikit bebanan ku...terima kasih anak-anak ku...
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
20/9/2009
raya 1.Ahad
Selamat tinggal ramadhan.syawal tiba juga akhirnya. alhamdulillah saya menempuhi ramadhan ini dengan tenang.
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR
DAN
BATIN.
HALALKAN MAKAN MINUM SAYA SELAMA INI SEDARI SAYA DIAMBIL MENJADI KELUARGA (UMIR SAYA 3 HARI) HINGGALAH SAYA DEWASA BERKAHWIN DAN MEMPUNYAI ANAK.
SAYA MINTA AMPUN DAN MAAF SEKIRANYA KEHADIRAN SAYA SELAMA INI RUPANYA TIDAK DISENANGI TANPA PENGETAHUAN EMAK DAN AYAH DAN JUGA SAYA.
SALAM AIDIL FITRI DARI SAYA SERTA KELUARGA.
No comments:
Post a Comment