
SALAM. Gambar diatas adalah gambar sepupu yang hampir 20 tahun tidak kutemui. Ruziah Md Yunus, menetap di Kuala Kangsar. kami tidak jauh beza umur, Yah tua setahun dari saya tapi kami mempunyai chemistry yang sama. saya berasa tenang bersama Yah walaupun baru berjumpa baru-baru ini. perjalanan kehidupan kami mmg berbeza tapi emosi dan naluri kami hampir sama. saya amat gembira bila dapat berjumpa dengan Yah. Terima kasih pada hubby yang sudi menemukan kami berdua...jejak kasih dan akhirnya saya dapat bersemuka dengan Yah...terubat rindu yang 20 tahun lebih tak jumpa. sekarang kami berdua sama. walaupun berjumpa hanya seketika tapi lega rasaya dapat bersua muka dengan Yah dimana semasa kami kecil dan dialam persekolahan kami adalah geng...enjoy sentiasa happy tidak ada secuit perasaan kecik hati, bergaduh. saya teringat ketika kami kecil dulu bagaimana seronoknya bermain bersama di kampung seronok tidak dapat digambarkan...Insyaallah dilain masa kami akan berjumpa lagi...berat rasa hati nak meninggalkan Yah kerana masa tidak mengizinkan saya lama disana namun saya puas akhirnya saya dpt jumpa sepupu sekepala saya nih...hehehehhe
No comments:
Post a Comment