apa yang aku lalui sedari kecil hingga arwah emak meninggalkan aku adalah begitu manis dalam hidup aku, bila emak meninggalkan aku pergi tanpa kembali, aku dibuang oleh...tak perlu aku nyatakan...lumrah dunia. setiap insan mudah lupa...lupa akan kehidupan mereka...mereka alpa dengan duniawi tapi lupa akan akhirat...tapi aku redha...mungkin ada hikmahnya. jadi aku mulakan hidup aku dengan jalan aku sendiri tanpa mereka
MOTIVASI - DR.FAZLEY
SALAM.
ketawa melancarkan perjalanan darah, mengurangkan tekanan darah, mengurangkan stress, menggalakkan pengeluaran endorphins (sejenis bahan kimia semulajadiuntuk awet muda)
#######################################################
sifat malas akan menyebabkan kita suka menangguh kerja, melalaikan kita, membuat kita sering lupa membuat sesuatu dan membuat kita jauh ketinggalan dengan orang yang telah berjaya.
#######################################################
rajin terbahagi kepada dua iaitu rajin yang ikhlas dan rajin yang menunjuk-nunjuk. usaha biarlah ikhlas untuk kebaikan diri dan bukannya untuk mempopularkan diri dengan kerajinan sementara.
#######################################################
Sering mengeluh? keluhan itu menjadi benteng keberkesanan diri, seolah-olah telah kalah sebelum berjuang. Bersyukurlah pada ALLAH S.W.T kerana masih mampu hidup di muka bumi ini.
#######################################################
waktu perlu dijaga, jika tidak ia akan jauh dan sukar dikejar, penjelasan perlu menjelaskan apa yang tidak jelas.waktu itu ia mungkin dijelaskan setelah kita memahami diri masing-masing.
#######################################################
berbudi kepada tanah hasilnya lumayan, berbudi kepada tanahair jasanya dikenang. berbudi kepada ibu-bapa tanda kasih seorang anak, berbudi kepada agama hanya ALLAH S.W.T yang layah membalasnya.
#######################################################
cinta itu bagaikan matahai tersembunyi dibalik awan namun masih memberi sahayanya. begitu jugalah ilmu, tidak akan hilang selagi memberi pelajaran dan pengetahuan kepada orang lain.
#######################################################
ilmu dan amal bagaikan jiwa yang bersatu, tercicir salah satu ibarat busur tanpa anak panah. begitulah hubungan seseorang ayah dengan anaknya. air dicincang tidak akan putus.
#######################################################
kita sering mengagungkan orang lain dan bangga dengan apa yang ada pada mereka, pada hal kita mampu menjadi seperti mereka itu halai kita bergerak dari tempat kita banggakan sebelum ini.
#######################################################
seorang lelaki yang budiman memelihara agamanya, maruah dirinya, kehormatan keluarganya dan menjadikan seorang wanita sebagai teman dan melindunginya dari segala ancaman.
#######################################################
adakala kita perlu menjadi sombong dan ada kalanya kita perlu mengalah biarpun kita yang benar. kebenaran akan terserlah melalui kejujuran di setiap tindakan yang kita lakukan.
#######################################################
akal dan nafsu sering bersaing, jangan biarkan nafsu menunggang akal kelak binasa diri. hendaklah akal menumpang nafsu supaya terpelihara dari perbuatan yang buruk.
#######################################################
manusia yang sering meletakkan kesalahan dibahu orang lain tanpa menyiasat/meneliti, manusia itu sebenarnya menjadi musuh dengan apa yang dia tidak ketahui.
#######################################################
orang yang berilmu sering diam dari berkata-kata yang tidak berfaedah sedangkan orang yang tidak berilmu sering berbicara tanpa fakta dan hanya menampakkan kebodohannya sendiri.
#######################################################
apabila anda bermusafir/mengembara kenegeri orang, jadikan gurau senda sebagai perkara yang menyenangkan hati, kerana ia menghilangkan kebosanan.
#######################################################
pilihlah persahabatan itu berdasarkan kejujuran dan setiakawan bukan kerana kekayaan/kemegahan kerana itu tidak kekal lama, seperti usia manusia akhirnya tua dan mati.
#######################################################
sembilan bulan sepuluh hari adalah waktu kita berada dalam rahim ibu, ketahuilah tiada jalan kesyurga seandai keredaan ibu tiada diperolehi.
#######################################################
manusia yang berjudi dengan kehidupan adalah manusia yang sering meletakkan posisinya dalam risiko tinggi. beitu jugalah sebaliknya.
########################################################
bangkitlah dari kisah semlam. jangan jadikan ia sebagai jalan perhentian, seharusnya tinggalkan dan bina semula landasan kehidupan untuk menuju citi-cita yang lebih besar.
########################################################
hormatilah pandangan orang lain jika kamu mahu pandangan anda dihormati dan diingati oleh orang lain.
########################################################
kegembiraan bukanlah satu destinasi, tetapi merupakan satu kaedah kepada kehidupan.
########################################################
sahabat yang paling setia kepada seseorang ialah sepuluh batang jarinya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment