SAYA ACCIDENT - 30/09/09 - RABU

Salam.
hari ni keje mcm biasa. hubby tak ada umah, outstation. selepas antar alia & nabil kesekolah saya bergegas membeli sarapan utk anak-anak dan hantar kerumah. Alisa pun ikut juga lepas beli sarapan baru ler dia mahu tinggal kat umah. tepat kul 7.30pg saya bertolak ke ofis.
dalam tgh berfikir-fikir saya tiba-tiba jadi tak sedar dan terus langgar belakang kereta toyota RUSH yan baru beli rasernya...YA ALLAH tersedar tiba-tiba saya bagi signal ketepi dan berhenti. saya kluar dlm hujan-hujan tu dan tengok apa yang teruk. Pemandu kereta RUSH tu seorang wanita Cina bekerja di Kelana Jaya. Alhamdulillah kereta dia tak der apa-apa calar pun. saya meminta maaf cause emergency brake dan saya tak sedar lansung...bukan saja-saja mungkin otak saya ni terlampau pikir akan masalah saya yg bertimpa-timpa nih...
Pada mulanya saya menghulurkan tangan untuk bersalam dengannya tapi tidak diendah dan bersuara tinggi pada saya tapi saya rasa masa tu saya cool sgt, saya tak ler gelabah pada hal selalunya saya gabra semacam tapi masa tu walaupun dia marah saya tapi saya cool shj. YA ALLAH, bila kufikirkan semula betapa agungnya ALLAH itu bila diberinya saya satu kekuatan pada diri dan saya begitu tenang menghadapi situasi itu. Akhirnya wanita itu tanya nama saya dan kerja dimana? makin lama suaranya makin perlahan dan lembut. saya memberikan no.phone saya kepadanya.
alhamdulillah saya tenang...walaupun saya hadapinya seorang diri...dan saya bersyukur tiada sebarang kecederaan bagi pihak saya dan juga bagi pihak wanita toyota RUSH.

No comments:

Post a Comment