10-11 Oktober 2009

Salam. 10/10/2009, sabtu.
hari ni tak kemana sbb kena hantar kereta utk service. lama gak tak hantar sejak sebelum raya lagi. sekarang saya tidak lagi membeli ikan dipasar tani cause tak der org dirumah. Abg, kak ipar dan anak pompuan dia beraya di kampung. jadi saya dan anak-anak cuma makan apa yang ada dirumah bila habis ikan baru ler cari di kedai. saya rasa ok gak camtu. beli sayur pun bila teringing nak makan. anak-anak macam biasa apa yang dimasak akan dimakan tanpa merungut. Syukurlah anak-anak faham. Berkemas rumah dengan anak-anak. anak-anak enjoy juga. lepas tu lepak nengok tv. lepas Maghrin ingatkan nak g tengok wayang ngan family tapi sesaknya jalan so tak jadi. kitaorang pergi Wangsa Walk di Wangsa Maju. Baru buka. ok gak tempat nih lapang dan tenang. mlm dlm kul 10.00 mlm baru kitaorang balik ingatkan nak gi makan di Tupai-Tupai tapi dah malam sangat so makan di Gombak area UIA. Not bad jugak makanannya sedap. lepas selesai makan kitaorang balik dan anak-anak semua dah ngantuk. saya masih didapur mengemas, sidai baju dll. tak abis-abis kerja umah nih...
___________________________________________________________________
11/10/2009, Ahad.
Pagi lagi saya dah kluar gi pasar tani di Ampang, bukannya nak beli ikan or sayur tapi nak beli daun pandan, nak buat bunga rampai nak bawa gi kubur emak. banyak gak saya beli, saya suka daun pandan ni, bau dia menenangkan saya dan membuat saya selesa. selepas sarapan dengan anak-anak, saya pun memulakan perjalanan saya ke kampung, Hulu Langat. Tiba di pusara emak dalam pukul 10.30 pagi. Saya, Alia, Nabil dan Alisa segera ke pusara membersihkan daun-daun kering. saya membersihkan rumuput-rumput di tepi-tepi pusara dan kawasannya. pokok-pokok yang merimbun daunnya saya buang. saya bersihkan kawasan persekitaran. selesai semua anak-anak duduk dan menyedekahkan Al-Fatihah untuk arwah nenek mereka. selesai mereka membaca barulah saya duduk di sebelah pusara emak dan membaca yassin. hati saya sedih sgt dan rindu pada emak akhirnya saya menangis semahunya. apalah yang hendak saya luahkan? isi hati saya ni terlampau banyak nak diluahkan tapi saya tidak mampu. saya pendamkan sahaja. biarlah menjadi cerita dalam dairi kehidupan saya. tapi emak adalah harapan saya, tempat saya mengadu, tempat saya meluahkan perasaan, tempat saya bermanja, tempat saya gelak ketawa dan segalanya tapi sekarang tiada lagi, pada siapa saya nak mengadu, bermanja dan semualah? hanya dipusara emaklah tempat saya mengadu masalah saya, tempat saya menenangkan diri, tempat saya bercerita dan juga saya masih lagi mahu bermanja dengan mak walaupun mak dah tiada. saya akan bercakap macam biasa dipusara emak dan ayah. saya tahu emak dan ayah dengar dan nampak saya dan anak-anak. saya rasa diri saya amat tenang bila saya kepusara emak dan ayah dan juga saya amat senang bila dapat membersihkan kawasan pusara emak. tenang sekali dengan aktiviti saya. Hampir pukul 11.30 saya di pusara emak dan ayah, membersihkan kawasan kami pun pulang kerumah. sampai dirumah dalam pukul 12.45tgh. saya balik dan makan yong tau foo yang saya beli di pasar tani pagi tadi. hubby pun dah bangun dan zulaika pun dan siap mandi. kami keluar semula pukul 3.00ptg untuk tengok wayang. mulanya cadangan nak ke KLCC tapi tak jadi. at last kitaorang pergi beraya ke Subang rumah Kak Chelli. Akhirnya dapat juga jumpa rumah Kak Chelli. Berkenan sgt rumahnya yang tenang dan lapang itu. mmg peberet. kitaorang tak lama sebab nak tengok wayang punya pasal. lepas selesai semua kitaorang terus ke Times Sqaure. selesai beli tiket kami semua masuk . 1/2 jalan cerita Alisa dah tidur so kitaorang tengok gak sampai abis. Abis dlm pukul 9.00mlm dan terus ke Mc Donald (takeway) dan makan dirumah. sampai umah dlm 10.20 mlm dan kitaorang mkn dulu dan bersiap untuk tidur. tapi saya masih berkemas lagi. seperti biasa saya akan tidur dlm 1-2 pagi. Esok dah keje...

No comments: