ari nih saya bangun 5 pagi.mat tak mau tidur dah. tiba-tiba teringat arwah mak.hati sedih.selalunya bila saya terjaga 5 pagi arwah mak pun dah bangun. Arwah mak akan tanya 'kenapa dik?'. itulah yg selalu saya terdengar-dengar tiap pagi hinggalah ke hari ini. seakan arwah mak ada. sekarang bila bangun saya seorang sahaja yg akan bangun tiada lagi batuk emak menemani saya. saya bangun dan masak sarapan. saya terus masak nasi dan masak lauk. sambil tu sidai kain yang dah dikeringkan.saya gantung semua. cuaca tak menentu. siap semua saya mandi dan anak-anak pun dah bangun dan mandi. mereka bersarapan. bangunkan ika yang amat susah /liat nak bangun. saya siap semua dan keluar pergi beli batu putih halus 4 bungkus untuk dibawa ke pusara arwah emak dan ayah. seblum itu saya dan aca dah potong daun pandan. lepas beli batu halus tu g plak isi minyak bukan apa takut lupa isi minyak.balik rumah ika tengah mandi dan bersiap. anak-anak lain dah siap. so tepat pukul 10.30 pagi kitaorang bergerak ke kampung dan hampir 11.15 pagi kitaorang sampai di pusara arwah emak dan ayah. kitaorang bergotong royong membersihkan kawasan persekitaran dan meletakkan batu putih di pusara arwah emak. tampak bersih. saya pula menanam pokok pandan di tepi lereng. alhamdulillah pusara emak dan kawasan memang bersih. selepas siap semua saya dan anak-anak pergi ke pusara arwah ayah pula. sama juga kami semua bergotong royong meletakkan pasir putih di pusara arwah ayah.tampak bersih putih. selesai semua kami bergerak ke pusara anak buah saya dan juga kami meletakkan pasir putih dipusaranya dan bersihkan kawasan sekitarnya memandangkan tiada waris yang datang menziarahi pusara arwah Iwan. Saya amat kecewa dengan waris-warisnya. memandangkan saya sebagai mak usunya dan anak-anak amat mengmbil berat makanya saya turutkan kehendak anak-anak untuk meletakkan batu putih di pusara arwah Iwan. Betapa murninya dan tulusnya hati anak-anak memandangkan pelbagai masalah datang kepada kami tapi kami tepis dan buang ketepi. saudara tetap saudara walaupun bukan darah daging. setiap kali saya melawat pusara arwah Iwan 'pesan aku pada Arwah Iwan jaga atuk dan nenek'. itulah kata hati ku pada arwah Iwan walaupun aku tak nampak sesiapa tapi aku tahu mereka mendengarnya. Airmata kadangkala dapat ku tahan dan terkadang kala airmata tumpah deras mengenangkan arwah-arwah semua. hati ini telah banyak terluka tapi aku tetap dan masih berdiri dan aku dan keluarga aku masih lagi tidak putus hubungan masih utuh. aku akan pegang dan akan kujaga hak aku sebagai ahli keluarga arwah Amran dan arwah Maliah, aku masih lagi anak arwah Amran dan arwah Maliah. tujuan aku bukan utk mengkaut tapi tujuan aku kerana sayangnya aku pada ayah dan emak yang menjaga aku dari kecil hinggalah sekarang.kasih sayang aku tidak pernah hilang pada mereka. aku sedar diri aku tapi yang aku tahu keluarga inilah yang menjaga aku seadanya.kasih sayang aku tidak akan berubah. balik hampir kul 12 tgh dan kami terus ke Bangi (rmh abg no.2) untuk hantar barangnya. kakak ipar dan anak-anak tiada dirumah kerana ke Sentul. So kitaorang tak lama pun so gerak balik ke keramat trus ke Carefour untuk makan tengahari. ptg hampir 4.30 ptg kami balik kerumah dan hari pun hujan. kami semua tidur...heheehhe hampir 6 ptg saya bangun dan kemas rumah dan suruh Alia masak nasi. anak-anak makan. tepat pukul 8.00 mlm hubby balik dan terus ajak kluar palk.saya mmg dah malas nak kluar tapu anak-anak semuanya ajak so pergi jigak ler. Hubby blanja makan di Restora Tupai-Tupai & Cafe. ramaik gak orang walaupun dah hampir 9 mlm. so kitaorang ala-carte shj. makan stim boat ni kureng ler. hampir 10 mlm kitaorang balik dan sedia utk tidurzz...hari mula hujan...
No comments:
Post a Comment