5/10/2009 isnin

salam.
Isnin.
syukur alhamdulillah saya dan anak-anak tiada masalah pagi ini dan semuanya berjalan dengan lancar. 5.40 pagi saya sudah terjaga dan terus berkemas sedikit dan masak air. kluarkan lauk untuk dipanaskan. masak nasi. basuh kain dlm mesin. anak-anak saya tidak kejutkan cause saya fikir semalam mereka dah tidur lambat so saya biarkan dahulu. Kemas dapur dan settlekan barang2 semalam. Buka pintu dan berkemas di depan plak.susun selipar dan sapu daun-daun mangga yang gugur kumpulkan. Angkat kain-kain yang dah kering dan kumpulkan. cucilah kura-kura punya tempat dan beri makan. siap semua saya mandi dan bersihkan diri. Saya kejutakan Alia pukul 6.15 pagi. Saya siap pakai baju dan sembahyang. selesai sembahyang saya gosok baju sekolah nabil. Bangunakan nabil kul 6.30 pg. siap semua saya alisa pun bangun dan bersihkan diri dan tepat kul 7.00pagi kami bertolak ke sekolah alia dan nabil. selesai hantar mereka saya dan alisa membeli sarapan pagi dan juga sedikit kuih-muih utk jamuan hari raya di pejabat. selesai semua saya hantar alisa kerumah dan saya minta tolong anak buah saya sediakan sarapan utk alisa. siap semua tepat pukul 7.25 pg saya bergerak utk ke pejabat. Keadaan jalan tenang dan tiada kesesakan. Sampai di pejabat tepat pukul 8.00 pagi. saya bersegera meletakkan kuih-muih di pantry dan terus ke tempat duduk untuk memulakan tugasan.
Syukur alhamdulillah perjalanan ke pejabat tiada masalah. Syukur.
Hari ni best giler our big boss (division) bagi duit raya tau...rahsia tau...semua under division dapat. syukur alhamdulillah.hehehhehe..

No comments: