6/10/2009 selasa

salam.
Hari ni terjaga hampir 5.45 pagi. isk nih dah kita lmbat nih. apa-apa pun tenggek cerek air. lepas tu kemas sikit-sikit. mop lantai dapur sikit bagi bersih lepas tu kemas tong sampah. Basuh periuk nasi dan tanak nasi. siap semua basuh kain plak. biarkan mesin beroperasi. pas tu baru mandi. tepat 6.15 pg bangunkan alia, saya sembahyang subuh dan 6.30pg bangunkan nabil plak. alisa terjaga dan bangun dan bersihkan diri ganti baju dan seluar dan bersiap sedia mengikut kitaorang. Nasi dah masak dan mesin basuh masih beroperasi. kejutkan hubby utk alihkan kereta dan tepat kul 7.00 pg kitaorang keluar rumah hantar alia dan nabil kesekolah. berhenti sebentar beli nasi lemak dan kemudia beli lauk ayam masak merah 8 ketul RM 12.00 (RM 1.50 seketul). kemudia balik kerumah dan masukkan ayam masak merah kedalam periuk dan masukkan kedalam almari lauk. siap lauk untuk hari ini. sediakan nasi lemak untuk alisa bersarapan. dan tepat kul 7.15 pagi saya berangkat ke pejabat dan sampai tepat pukul 7.55 pg.
___________________________________________________________________
Sarapan dahulu dan kemudian baru duduk di tempat duduk. mulakan tugasan macam biasa. mana-mana yang nakdi failkan saya asingkan mengikut turutan nanti senang nak masuk fail. Hari ini badan saya kurang ler sakit-sakit tu tapi semalam tak tau nak cakap sakit bebenor...mungkin faktor-faktor dibawah yang membuat saya kurang sihat
1. kurang tidur
____________
2. kurang rehat
____________
3. makan tidak tepat waktu
____________________
4. sentiasa berfikir pelbagai
____________________
5. keadaan semasa
_____________________
6. terlalu banyak nak di fikir
_____________________
7. perasaan tidak tenteram
_____________________
8. ntah apa-apa lagi lah ...tak tau nak taip heheheh
______________________________________
8. Beginilah rasanya keadaan saya

No comments:

Post a Comment