Hati ini...

Salam
Hati yang suci dan bersih memang susah nak dicari. begitu juga hati saya nih. Sejak emak tiada hati ni tiada lagi seri, tiada ceria dan semuanyalah. Hati ni susah nak dipujuk, sering mengeluarkan airmata, sering panas tapi terkadangkala hati ini terlalu dingin, ceria. dan hati ini pula sering disakitkan dan sering dikacau. Hati orang penah sudah kujaga tapi pulangannya hampa. seringkali kujaga hati orang, ku jaga perasaan orang sebaliknya hati ku merana, porak poranda disebabkan orang. bagaimana hati ku boleh tenang? berbagai cerita yang dihebahkan tentang keburukan diriku dimana semua cerita itu karut marut tidak pernah terfikir dijemala ku namun tiada kesudahannya ku terima dan redho walaupun ku pasrah. hati suci diluaran tiada makna jika hati didalam hitam. Aku redho mungkin ALLAH S.W.T memilih aku untuk menerima segala dugaan darinya, ALLAH S.W.T mahu melihat umatnya kuat atau lemah semasa menghadapi dugaan dari NYA. Aku terima dengan tangan terbuka moga-moga ALLAH S.W.T memberikan aku kekuatan mental dan fizikal untuk melawan dugaan itu dengan hati tenang.
Namun tidak semua hati akan tenang selalu. mungkin ianya akan retak atau luka yang berlarutan. hatiku kini terluka oleh segelintir manusia. tidak perlu kusebutkan manusia-manusia itu. Pada yang membaca luahan hati ku ini mereka akan faham dan peka pada diri sendiri malah ku pinta dan berdoa agar ALLAH S.W.T membukakan hati mereka dan ubah perangai. Terkadang aku meluat dengan tingkah laku mereka hampir menikbulkan rasa benci tapi aku sedar itu adalah salah. ku pujuk hati ini untuk beralah pd mereka. masing-masing menunjukkan taring masing-masing. Entahlah...selami sendiri hati masing-masing. Hati aku nih dah reatak macam gambar di atas nih...kalau retak memang susah nak tampal semula macam original so faham-fahamlah jika segelintir manusia bercakap dengan aku, aku akan buat dengar tak dengar.

No comments:

Post a Comment