teringat zaman masa kecik-kecik

salam.
masa saya dan anak-anak serta cousin tidur di homestay, nih citer masa kat kampung ler kan, ni aktiviti saya dan kawan. meh sini saya senaraikan apa aktiviti saya dikampung:-
1. curi rokok daun dan nak cuba hisap rokok daun. hisap ler belakang pokok yang dah tumbang depan homestay ni. mak ai pahit tu rupanya pak tua saya dah siap letak tembakau dlmnya...aduhh pahit tu.
_________________________________________________________________
2. ada sekali kena tegur ngan Pak Cik Atan sbb nakal kot, lepas tu cari paku besar dan tanam paku dlm tanah dimana tempat laluan Pak CIk Atan naik basikal. Nak tau tak, tanam bahagian kepala paku yang dempak tu dan yg tajam tu keatas. bayangkan kalau tayar basikal lalu dan kena pada bahagian paku yg tajam tu sure ler pancit kan...
_________________________________________________________________
3. suka kacau anak-anak kucing, mak kucing, bapak kucing. mmg comel giler. saya letak colgate/minyak cap kapak kat idung kucing, meleleh-leleh air idung kucing tu dan kucing tu sentiasa menyapu mukanya. lagi satu anak-anak kucing ni mmg suka main kan aktif bebenor teman nengok nyer hah! apa lagi saya ambil penyepit kain kayu tu barang satu atau dua saya kepitkan kat ujung ekor anak kucing tu apalagi dia kejar penyepit kat ekor tu sampai dapat dengan berpusing satu bulatan lama kejar tu bila berhenti kucing tu pening kot lansung jln anak kucing tu senget, makin senget akhirnya langgar dinding dan terus baring...
_________________________________________________________________
4. suka pegi kedai Pak Moli beli air oren. dulu air oren botol dia macam botol kicap jer. tapi air dier mmg sedap giler. botol pun warna coklat jer. lepas tu ada satu lagi biskut marie. dulu biskut marie besar-besar makan satu dah kenyang. ader ler sebesar piring kuih. mmg sedap giler...smpai sekarang saya tgh cari biskut marie tu...
_________________________________________________________________
5. suka main nyorok-nyorok, bila dah dpt cari mulalah kata nak balik umah ler, mak marah ler, nak balik makan tengahari ler tapi yang sebenarnya tak dpt cari kenkawan...diorang kata LENGIT ler tu. LENGIT tu maknanya mengaku kalah/pengecut...bila dah start kata saya lengit mulalah saya tak kawan diorang tapi sekejap jer pas tu geng balik...
_________________________________________________________________
6. suka kacau ibu ayam yg tengah mengeramkan telur ..wei garang gilerz tu...bila kacau dia kembangkan bulu dia ehheheh. lagi satu bila anak-anak kecil ngan mak ayam mmg garang mak dier...mak ayam tu kembang kepak dia dan mula dia jalan senget nak kejar kita...saja jer kacau anak-anak ayam yg kiut-miut tu
__________________________________________________________________
7. lagi satu kitaorang mmg takut ngan angsa bukan apa spesis nih mmg suka ngejar orang bila dpt dia cubit dgn paruh dia tu sakit woi...merah jugak lah. kalau dpt kat peha, pehalah disudunya, kalau dpt kat buntut, merah ler buntut kome. tapi angsa ni mmg kejar gila-gila tupai gitu...(tak leh cakap ba../khin... tak suka)
__________________________________________________________________
8. suka pancing ikan kat belakang homestay.mmg ada anak sungai, dulu anak sungai nih cantik dan air banyak, ikan mmg banyak. so kitaorang memangcing hanya guna batang ubi jer, tali dan mata pancing itu saje tapi boleh dpt ikan sungai banyak gak...enjoy kau...sambil duduk atas jambatan tu lunjur-lunjurkan kaki sambil tu juga mancing sambil borak, gelak-gelak...mmg tak dpt lupa zaman tu...umpan cacing ler pergi ler tepi-tepi sungai yg tanah dia lembut mcm tanah liat tu mmg banyak cacing besar plak tu. nak tau tak umpan cacing tu kitaorang tak letak pun dlm tin atau plastik, kitaorang cangkul tanah liat sebesar bola sepak so dlm tanah tu jer ler cacing tu tak yah korek-korek lagi yang pasti dlm seketul tanah tu mmg penuh cacing heheheh. bab pegang-pegang cacing nih biasa jer idak ler geli plak siap main masuk-masukkan dlm baju kenkawan lagi.
___________________________________________________________________
9. main pondok-pondok, nih mmg sronok sbb kitaorang siap buat pondok tu guna batang ubi, daun pisang dan tali kitaorang gunakan batang pisang punya kulit. pinggan, kitaorang guna daun pisang. periuk kitaorang gunakan tin-tin sardin kosong.cari kayu/ranting kayu kering dan bakar buat masak air dlm tin. tempat duduk dlm pondok guna daun pisang. mmg best gilerzz bila hujan bleh berteduh lagi dlm pondok tak roboh punya.
___________________________________________________________________
10. suka dengar citer-citer hantu dari org-org tua. bila dah citer tu mula ler tidur pun dekat-dekat, nak kencing pun nak pegi ramai-ramai, nak berkawankan. ada sekali tgh syiok dgr citer tiba-tiba ada ler yg menakutkan tibe-tiba terdengar macam bunyi org mencakar dinding papan kitaorang punya kecut tak tau nak ckp rupanyer ayah saya yg garu dinding tu hehehe...saja jer nak takutkan kitaorang. Kebetulan pulak si tukang criter tgh berceriter ttg hantu raya yg tak dpt masuk umah so that's hantu raya cakarlah dinding rumah, rumah dulu kan rumah papan so tetiba jer dgr plak dgr benda cakar dinding apa lagi
___________________________________________________________________
bnyk lagi tapi tak ingat ...yg seronok bila mlm raya ler nntilah saya citer plak

No comments:

Post a Comment