1/11/2009 - Ahad

Salam.
pagi lagi saya dah bangun sediakan air dan beli roti bom. siap semua kejutkan anak-anak untuk menzirahi pusara atok & nenek di kampung. siap semua, kami bertolak dan sampai di sana dlm pukul 11.00 pagi. kami semua membersihkan pusara emak/nenek. segala rumuput daun kering habis kami sapu semua. boleh dikatakan mana-mana pusara yang sekawasan dengan emak bersih. saya menanam pokok pandan ditepi cerun. nampak gaya idup kot pokok pandan tu. selesai semua saya dan anak-anak berkumpul menyedekahkan al-fatihah dan al-ikhlas. saya taburkan daun pandan dan sedikit air. air mata mengalir lagi.sebak bila mengenangkan nasib saya. pelbagai dugaan yang dtg pada saya. dan saya akur. redho atas apa yang dilakukan terhadap saya. dalam hati saya cuma ada seorang shj yang mampu menolong saya iaitu ALLAH S.W.T. saya sentiasa berdoa agar dikuatkan iman dan tenangkan hati saya. ini adalah dugaan dari ALLAH S.W.T. Allah telah memilih saya untuk mengharungi ujian dari NYA samada saya mampu atau tidak mengharungi ujian dari NYA. Allah mahu lihat adalah umatnya lemah atau tidak? sekiranya lemah apakah yang patut dilakukan? dan sekiranya berani juga apakah yang harus dilakukan? jawapannya ialah kita semua harus bersyukur pada ALLAH S.W.T dan sentiasa mengikut perintahNYA. Jauhi yang dilarang olehNYA. Setelah selesai dipusara emak/nenek kami berhijrah pula ke pusara ayah/atuk. alhamdulillah pusara ayah bersih. cuma rumput-rumput sekeliling kawasan. sama juga kami bersihkan rumput-rumpai dan kami duduk sekeliling pusara dan menyedekahkan al-fatihah dan al-ikhlas. Selesai semula kami pergi ke pusara emak dan inilah masa saya melepaskan rindu pada emak. duduk dikawasan pusara emak amat tenang dan tiada apa yang saya fikirkan. setelah gak lama saya mengajak anak-anak pulang ke rumah. hilanglah rasa rindu saya terhadap emak. rasa kosong sikit dada saya bila nangis. lega sikit dada ini.

No comments: