24hb Disember 2009-khamis

Salam.
Hari ini saya dan 2 abg saya akan pergi ke Pejabat Daerah Gombak. Tujuan kami semua pergi adalaha atas arahan Unit Pembahagian Pusaka Selangor Utara, Gombak. Tepat pukul 9.30 pagi kami semua kesana. Saya sebenarnya tidak tahu prosiding mengenai hal-hal ini dan perasaan gusar, takut dan bimbang semua ada dalam diri saya. memang saya akui saya tidak pernah menghadapi sebegini. Apa-apa pun saya cuma bertenang dan cool sahaja. sebaik sampai dan daftarkan diri kami semua dikehendaki masuk ke bilik bicara dimana Tuan Hakim sudah pun berada disitu. aduh seram sejuk badan saya tapi control cool. Tuan Hakim meminta IC semua dan kami semua dikehendaki mengangkat sumpah yg di ketuai oleh abg saya yang sulung. Dengan lafaz BISMILLLAHHIRROHMANIRROHIM maka kami bertiga mengangkat sumpah. Sepanjang pembicaraan berlansung, alhamdulillah tiada aral dan semuanya berjalan dengan lancar. Syukur alhamdulillah. setelah selesai semua dan pembayaran telah dibuat kami pun pulang ke rumah. alhamdulillah dan terima kasih.

No comments:

Post a Comment