Berita Sedih 8/12/2009 Selasa

Salam.
Tepat 8.30 pagi saya sampai ke pejabat. tak sampai 15 min. saya terima call, appeared nama Kak Non, pada mulanya malas nak angkat tapi angkat juga rupa-rupanya Adik call. Adik inform yang Bahrin meninggal dunia. Ya ALLAH, betul ke? macam mana boleh jadi begini? Adik cakap Bahrin accident masa g kerja so jenazah dah dibawa ke GH. YA ALLAH, baru minggu lepas saya nampak Bahrin tengah minum dikedai kat korner tu. tiba-tiba jer dah tak der. Saya call smua abg2 saya dan mana yang mengenali kak non. Saya tidak dapat menghadirkan diri kerana di ofis tiada orang. So balik kerja saya terus kerumah dan ambil anak-anak dan pergi semula ke rumah Kak Non. Saya lihat Kak Non begitu tabah. Saya salam dan peluk Kak Non. Terasa badannya panas mungkin demam. Saya duduk disebelah Kak Non dan juga beberapa jiran yang datang menziarah. Kejadian semasa arwah Bahrin nak pergi bekerja di Puchong. Dan kejadian berlaku di Highway Sungai Besi. Arwah Bahrin cuba mengelak lori dimana tayar lori itu tiba-tiba pecah dan lori tu suddenly ke lane tengah. Arwah cuba mengelak dan terjatuh. Dan kejadian itu tidak berakhir disitu selepas terjatuh sebuah kereta kancil telah melanggar arwah dari belakang dan arwah habis di tempat kejadian. Saya amat trauma bila mendengar kejadian itu. Tak tau nak ungkapkan apa-apa cuma saya berdiam diri. Terbayang-bayang muka arwah yang sentiasa tersenyum bila menegur saya dan anak-anak. Arwah seorang yang peramah dan friendly. Saya memang anggap mereka semua seperti adik-adik saya dan kami membesar sama-sama. Arwah berumur 37 tahun. Belum berumahtangga. Sudah takdir ALLAH S.W.T. Marilah kita sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah untuk Arwah Bahrin. AL-Fatihah. Bismillahhirrohmanirrohim...Setelah hampir 1/2 jam saya dirumah Kak Non saya pun mengundurkan diri dan bersalaman dengan Kak Non. Saya cuba bertahan untuk tidak mengeluarkan airmata tetapi akhirnya saya tewas. Saya menangis ketika bersalaman dengan Kak Non. Hinggalah saya masuk ke kereta airmata saya tumpah lagi. Saya tahu perasaan Kak Non, dan saya tahu bertapa perit dan sakitnya menanggung kehilangan seseorang yang disayangi lebih-lebih lagi anak sendiri...sabarlah Kak Non...

No comments:

Post a Comment