PETUA - 22600 (latest edition)

  • Gatal kerongkong
  • -ambil 2-3 helai daun salam segar yang telah dicusi bersih. Rendam dengan air panas, tambahkan sedikit garam kemudian tutup. Biarkan hingga sejuk kemudian minumlah hingga habis.
  • Elak gatal ulat bulu
  • -parut sepotong kunyit hidup. campurkan dengan kapur sireh dan air. panaskan ramuan diatas api dan setelah dingin, sapukan ramuan tadi pada bahagian yang terkena ulat bulu itu.
  • Kulit perut berkedut
  • -sesudu kecil air limau nipis, sesudu kapur sireh dan 20 titik minyak kayu putih. gaulkan dan sapau pada kesan-kesan pecah dlm masa 2 minggu.
  • Legakan tekak perit/sakit
  • -rendakam sebiji buah kembang semangkuk dalam mangkuk. biarkan seketika dan kemudian minum airnya.
  • Kulit kering/bertompok
  • -cuci dan potong kulit pisang kepada kepingan kecil. masukkan kedalam setengah cawan susu segar dan kisar sehingga sebati. simpan ramuan ini ke dalam botol dan sejukkannya. gunakan sebagai losyen untuk segarkan kulit kering/bertompok.
  • Hilangkan gatal sulur keladi
  • -bersihkan dan celurkan sulur keladi dengan air asam jawa dan sedikit garam.kemudian bolehlah dimasak mengikut citarasa anda.
  • Hilangkan lemak ayam
  • - basuh ayam dgn menggunakan air bersih. buangkan air tersebut dan ambil tepung gandum dan gaulkan pada ayam dan selepas itu bolehlah ayam tadi dibersihkan.
  • Tahu tahan lama
  • -cuci tahu dengan air bersih, toskan hingga kring dan tuangkan air panas.biarkan ia sejuk.
  • Khasiat durian belanda.
  • -menurut kajian, durian belanda yang buahnya berkulit lembut, durinya agak jarang dan tidak tajam, mampu merawat dan mengelakkan seseorang daripada mendapat kanser dan menyuburkan pasangan yang inginkan zuriat.

No comments:

Post a Comment