JANGAN sesekali fikir keganasan terhadap wanita hanya berlaku apabila adanya tindakan fizikal seperti tamparan, tumbukan atau tendangan daripada lelaki sehingga menimbulkan kesan luka dan lebam di mana-mana bahagian badan.Keganasan terhadap wanita juga berlaku melalui lima cara lain iaitu:-
- psikologi dan emosi
- sosial
- kewangan
- seksual
- domestik
Kebanyakan lelaki tidak menyedari perlakuan mereka mengugut, mencaci atau menengking wanita adalah salah satu bentuk keganasan yang disebut psikologi dan emosi.Sikap ini akan membuatkan mangsa sentiasa berada dalam keadaan takut, hilang keyakinan dan menghadkan kebebasan atau haknya untuk membuat pilihan sendiri.
No comments:
Post a Comment