Hmm...so pity.

Hati ini terlalu jauh bila ada yang tidak menerima akan diri ini. Disisih dan tidak berguna lagi. Selama ini aku digunakan untuk kesenangan diri mereka. Tapi bagi aku tiada sekelumit rasa tidak puas hati malah tiada rasa dengki atau marah. Aku harungi susah-senang, pahit-maung segalanya sendirian. aku sedar taraf diri aku tapi aku tak minta dijadikan begini laluan hidup aku, tapi itu adalah urusan ALLAH S.W.T dan bagi aku, ALLAH telah memilih aku untuk hidup lebih sempurna dan tidak ku pinta apa-apa kemewahan cuma satu sahaja iaitu kasih sayang dan keakraban hubungan sesama keluarga dan sanak-saudara. Janganlah dengan hilang sebutir permata yang selama ini kuharapkan sebagai penguat semangat aku, aku tidak diterima dalam keluarga ini. kenapa? adakah taraf anak angkat tidak boleh disamakan dengan taraf anak kandung? bagi aku sama sahaja bahkan anak angkat kadang-kala jauh lebih bersifat kemanusiaan dari anak kandung...Fikirkanlah apa yang dikata dan fikirkan,fikirkan, fikirkan ...bagi aku, hati aku telah jauh,jauh,jauh dari mereka yang menyisihkan aku dari keluarga aku hanya dengan TARAF ANAK ANGKAT... Satu pertanyaan aku buat anda semua, hina sangat ke anak angkat ni?

No comments: