hari bumi sedunia 2010 - 22 april 2010

Save the EARTH...Go Green
Kehijauan yang melekakan
Ranum, tapi tidak boleh dimakan
hijau & oren
tumbuh turus menggapai langit
hubby tgh pekena tapai pulut bungkus dgn daun pokok getah.
Bunga Raya, Bunga Kebangsaan.hijau cemburu kepada merah berani
Signaboard ke Chongkak Park
Semut nih 4 kali ganda besar ngan semut api atau semut hitam/gila.mmg besar
with my 2nd daughter, kamilah pencinta alam semulajadi dan makanan heheh.tgh makan goreng pisang panas.lovely
Salah seorang pencinta alam tgh menikmati nasi lemak bungkus daun pisang. What alovely aroma of daun pisang. mmg kellas
tutup mulut jgn buka mulut...isk pencinta alam semulajadi dewasa tidak touch-up.tapi pencinta alam semulajadi seperti bumi juga Natural Beuty...hik(3x)
asyik amik gambar je, bila bleh makan nih!
Pencinta alam semulajadi cilik yang dah semulajadi kenyang
lepas makan, main air, lepas main air, makan ...dan seterusnya
rasanya nak mandi tp tak bawak baju...camner yek
air terjun yang sejuk lagi nyaman pada waktu pagi...memang segar...
kalau hanyutkan selipar nih...ada chance tak nak mandi?...he(3x). nak hanyutkan ke atau tidak?nnti penat nak jawab ngan pencinta alam dewasa...ahakss
Tengok keatas seperti bintang...
nak mandi camner nih...cari idea dulu...Lek lu bro
'PEACE NO WAR' dari pencinta alam cilik, Nabil. Tee hijau sempena EARTH DAY
Buih air yg jernih dan derasan air membuatkan pencinta alam dewasa tenang
dingin dan kepingin ha(3x)
dingin suasana dan inilah selera pencinta alam dewasa
pencinta alam cilik dgn bebola ayam yang masih panas lagi, mmg menyelerakan apatah lagi dalam keadaan suasana sejuk dan dingin
nasi lemak kampung style...teiba-tiba pencinta alam dewasa teringat kepada arwah emak yang mmg suka sangat nasi lemak dibungkus daun pisang. terkocak seketika selera pencinta alam dewasa
inilah rupanya nasi lemak yang menjadi pujaan pencinta alam sekeluarga
Yahoooo, nak britahu pencinta alam dewasa, nak terjun dalam air...itupun kalau dpt ler
tak terbuka mulut pencinta alam cilik untuk bebola ayam yang kuning ke emasan itu
tenang seketika
Nyaman menyapa
damai dihati
Assalamualaikum.
Salam Satu Malaysia dari pencinta alam dewasa dan pencinta alam cilik
Sempena hari bumi pada 22 April 2010, saya dan anak-anak telah bercadang utk ke Chongkak Park pada hari Sabtu. Lagipun Ika ada camping bina semangat. so on Saturday early morning kitaorang dah siap sedia dihadapan sekolah Ika sementara menunggu bas sampai. bas sampai dlm kul 7.45pg dan bertolak dlm 8 pg. Kitaorang follow belakang bas tapi disebabkan bas nih so slow so kitaorang mendahului mereka. Sampai Hulu Langat dlm kul 8.45 so kitaorang singgah sebentar di pusara my lovely mom and bersihkan kawasan pusara. Dlm kul 9.00pg bas Ika lalu dan kitaorang pun bersiap untuk follow belakang bas. Siap bersihkan pusara my mom kitaorang gerak dan smpai ke Chongkak Park dlm 9.15pg. Hari masih awal dan orang belum ramai lagi, tetapi peniaga-peniaga kecil sudah memulakan perniagaan mereka. Pelbagai makanan pagi terutamanya nasi lemak bungkus daun pisang, goreng pisang, keladi, keledek, dan macam2. Setelah melihat group SMART turun bas dan masuk ke dom, saya pun mengajak anak2 untuk bersarapan di kawasan Chongkak Park. Nasi lemak, karipap, goreng pisang & bebola ayam yang masih panas lagi dan air mineral. Kami masuk ke Chongkak Park dan dikenakan bayaran RM1.00 (12 tahun keatas) tetapi untuk hari itu Sabtu (24 April 2010), masuk adalah percuma kerana Kempen Hari Bumi...so it's free. Cuma bayaran parking RM 3.00 dari pagi sampai ler petang. So cuaca pagi mmemang nyaman apatah lagi bila makan nasi lemak bungkus daun pisang dapat plak sambal nasi yg memang style kampung tu memang teruja betul makan nasi lemak itu belum lagi pekena ngan air kopi panas. kalau ada ubi rebus & sambal belacan pun best gilerz. kitaorang empat beranak makan nasi lemak dan kuih-muih sedikit serta air mineral pembuka bicara sarapan pd pagi itu. makan tepi anak sungai nih mmg peberet saya. lagi plak ditambah dalam keadaan hijau sekeliling mmg baik punyer...so sambil makan sambil snap gambar...layanzzzzz.

No comments: