Motivasi dr Dr. Fazley (April 2010)

  • Yang kita perlukan ketika ini ialah semangat untuk berubah dan perubahan itu akan semakin cepat jika terjalin kerjasama dengan orang lain.
  • Orang yang sungguh bahagia ialah mereka yang dijauhkan dari fitnah dan juga orang yang bila terkena ujian dan dugaan, dia sentiasa bersabar.
  • siapa yang tidak berusaha melepas diri dari cinta kepada dunia, maka akan sengsaralah hidupnya kerana sumber firnah dan kesalahan adalah ketika seseorang itu begitu cinta kepada dunia.
  • Jika seseorang itu tidak mengenali dirinya dengan tepat, maka dia hanya akan menimbulkan masalah ketika berinteraksi dengan sesiapa pun.
  • Orang yang aktiviti hidupnya selalu terancang dengan baik akan mampu bertindak efektif dan effisien
  • Tidak akan tepat dan adil dalam mengambil keputusan kecuali di awali dengan mencara maklumat, data dan fakta setepat dan selengkap yang mungkin tanpa dipengaruhi oleh emosi.
  • Semakin banyak seorang pemimpin menceritakan rahsia dan kekurangan orang lain, semakin jatuh pula kredibiliti pemimpin tersebut.

No comments: