SELAMAT HARI IBU...

SELAMAT HARI IBU untuk semua ibu-ibu di dunia ini termasuk ler saya. Tapi sempena hari ibu kali ini, hati saya begitu sedih sesangat bila saya ingatkan semasa menyambut hari ibu bersama emak saya. ada sekali hari ibu saya hantar sejambangan bunga yang diselitkan dengan buahan terus ke depan pintu rumah. dan alangkah terkejutnya arwah bila mendapat jambangan bunga itu. bila saya balik kerja saya diam sahaja dan buat tak tau. lepas tu emak ada cakap buat apa la hantar bunga-bunga nih membazir jer. tapi dalam diam, ada sahaja jiran yang datang pada hari itu, arwah emak akan bercerita dengan gembira, betapa sukanya arwah emak bila dpt jambangan bunga itu. saya rasa tenang bila emak terima hadiah dari saya. cukuplah bila emak sudi terima hadiah dari saya itu sudah cukup membuatkan saya bangga. tapi sekarang tiada apa yg saya nak buat, sbb emak dah tak ada...adakala perasaan saya nih cepat benar tersentuh dan ada kalanya saya jadi kuat. tapi sekuat mana diri saya, pernah juga saya hampir jatuh dan putus asa...saya baru sahaja bangkit dari kejatuhan semangat saya nih...dan baru nak menapak satu satu dari mula.

No comments: