Nostalgia 2

Sambungan dari aktiviti masa kanak-kanak & cuti sekolah. Aktiviti lasak dan juga lagak ngeri yang dilakukan adalah sepertu berikut:-
1. Meronda di kawasan pembuangan sampah ini memang kes naya...lepas aktiviti nih teruk saya kena belasah ngan emak..belasah tidak ler teruk sangat tapi gimik itu penting ahakssssss... bagi aktiviti ini..bila saya teringat balik aktiviti saya nih baru saya perasan...kes nih nampak gaya macam yakh! tapi masa bebudak maner ler tau kan...sekarang bila saya imbau kembali YA ALLAH memang sah ler saya tak tau apa kebenda tu...isk , isk saya and the geng membuat satu aktiviti di kawasan pembuangan sampah. citer nyer begini cari punya cari barang tup-tup geng saya, Ipi jumpa belon banyak tu, dia pun kutip belon2 itu ader ler dalam 6 keping. kumpul ler dalam tin milo kosong. bila aktiviti berakhir kitaorang pun berkumpul ler menengok apa barang yang telah di perolehi...hah apa lagi Ipi ngan bangga "wei aku jumpa belon banyak tapi kalau nak tiup kita kena basuh dulu sebab dah kena tanah". so dgn tidak berlengah lagi kitaorang pergi ke takungan air belakang rumah saya dan cuci ler belon itu beramai-ramai dengan gelak ketawa yang amat cemerlang gitu....pas tu kitaorang apa lagi tiup ler sapa besar lagi power...dan seterusnya...sampailah boring main belon... Untuk pengetahuan semua bila imbasan kejadian ini diimbau semula baru saya terfikir bahawasanya belon yang saya nad the geng tu tiup adalah KONDOM.Punya ler saya sengih sampai ke telinga bila saya ingat semula..YA ALLAH ...mase bebudak masih belum tahu apa kebenda nya...nasib baiklah dicuci ngan bersih...ALHAMDULILLAH sehingga saya meningkat dewasa tiada apa penyakit berbahaya datang pada saya SYUKUR KE HADRAT ILLAHI. 2. Aktiviti mencari anak ikan vs berudu aktiviti ni dilakukan pada waktu pagi, selepas geng2 semua bersarapan termasuklah saya. Di tepi jalan masuk ke Batu Kentomen construction dijalankan untuk membaik pulih jalanraya so apabila jengkaut mengkaut tanah banyak ler lopak-lopak yang telah bertakung disebabkan hari hujan. lagilah ler havoc anak-anak ikan vs berudu kekekkek....sebenarnya saya and the geng belum kenal antara anak ikan dan berudu. so kitaorang ingat yang berudu itu anak ikan. so tangkap punyer tangkap dalm lumpur yang pekat dan likat tu, dapatlah kumpul satu tin milo yang medium,penuh.....betapa bangganya kitaorang mendapat anak ikan vs berudu itu.so kita kumpulkan berudus itu dalam kolah belakang rumah saya. so lepaskan didalam kolah yang tenang airnya beserta penuh dgn daun kering. selepas semua puas hati aktiviti dihentikan dan semua balik kerumah untuk berehat. So keesokan harinya masing-masing terkezut anak berudus dah bertukar jadi anak katak yang melompat-lompat gumbira. So dari situ barulah saya and the gang tahu bahawa anak ikan yang ditangkap itu adalah baby katak rupernya...isk,isk nasib baik tak bawak balik umah suruh mak goreng bercili..kalu tidak kena belasah lagi..ehhehhh...tapi dari pengalaman itu kitaorang dapat satu pengetahuan sains. 3. aktiviti kali ini berkaitan dengan polis dn kes pembunuhan. Ini berlaku semasa kami sedang bermain basikal dikawasan rumah. Tiba-tiba sebuah keta polis lalu dan sebuah van forensik menghala ke kawasan bawah perumahan kitaorang. Untuk makluman bawah kawasan perumahan kitaorang tu kawasan cina dan india. kami apa lagi follow that police car...tapi kami ikut shortcut cepat ler sampai ke tempat yang nak dituju. sampai di satu kawasan semak ada sepohon pokok rendah daunnya..kitaorang tengok dah ramai orang so kitaorang apalagi mencelah ler...tengok punyer tengok "Kus semanngat" rangka manusia yang masih berpakaian tetapi bajunya seperti dikelar (kalau tak silap ler) mungkin rangka manusia ni dah lama, isi ngan kulit dah tak der...pas tu bila polis sampai dia pasangkan tape merah supaya jgn orang ramai berhimpun disitu...bila semua dah settle rangka pun dah dimasukkan ke dalam van forensik kitaorang pun sambung balik main basikal...lupa balik pasal rangka manusia tu... 4. kena kejar ngan atuk (pemilik perusahaan parang). atuk nih sebenarnya garang orang nyer, serius jer, satu hari semasa kitaorang bermain kejar mengejar dikawasan tempat mengeringkan sarung parang...tiba-tiba atuk nih menjerit marah pada kitaorang..tetiba jer atuk nih mengejar kitaorang dengan tangannya ada parang..apa lagi berterabur lintang pukang lari...saya plak lari kearah tempat letak van mengangkut parang dan dengan secepat kilat saya terus menyorok bawah van...habis baju saya kotor kena minyak van..senyapkan diri sebentar...tetiba nampak atuk menuju kearah van sambil mulut nya merungut...saya menggigil bagai nak rak...tapi atuk balik semula kearah tempat membuat parang...ahhhhh lega rasernya ...dah kira dalam keadaan selamat barulah balik rumah dan tak keluar-keluar dari rumah sampai ler esok hari...ahaksssss...difahamkan ceriter sebenarnya atuk tu bukan marah pada kitaorang...tetapi sebenarnya dia menghalau kawanan burung yang melepak di jemuran sarung parangnya...kesilapan teknik....hehhhhhheehhehehh tapi pucat gak saya dan the geng...hai atuk, atuk... Al Fatihah untuk atuk, Hj. Kadri. sebenarnya banyak aktiviti kami lakukan tapi tak terceriter kan..insyallah saya akan ceriter kan nanti.

No comments: