Nostalgia - Belut Jilid 1

Pernah tengok belut tak? Ala yang lebih kurang macam ular tu (Maaf yek) tapi belut ni kecik ler sikit. Inilah satu-satunya aktiviti yang saya lakukan pada musim hujan. Aktiviti ini dilakukan pada waktu malam. Biasernya belut ni akan keluar dari dalam tanah (kawasan paya) untuk mencari makanan. Saya pergi memburu belut nih ngan jiran sebelah umah and the gang. Namanya Abang Nasir. Abang nilah lead kitaorang. Abang Nasir nih memang teror memburu belut.
Jalan masuk ke kawasan perumah kami kiri kanan jalan adalah kawasan paya yang hampir kering so bila hujan air pun bertakung dan masa tulah belut keluar banyak melintasi jalan ke kawasan rumah. Betapa thrill nyer nak tangkap belut. Masa tu juga anak katak pun melambak-lambak, tapi dengan Abang Nasir nih no probs...semua diatasi dengan berani. Peralatan yang perlu dibawa untuk menangkap belut adalah baldi, lampu suluh, jala atau aper-aper la, kasut boot yang tinggi dan topi mengkuang. Bila semua dah ada operasi penangkapan dilakukan...saya pegang baldi...abg nasir tangkap belut dan masukkan dalam baldi...memang satu malam tu boleh dapat mencecah 40-50 ekor ...baldi penuh...kalau nak tangkap belut jangan guna sarung tangan..licin ler beb...bila dah penat dan puas hati dengan hasil tangkapan barulah kami balik umah ...best memang best tapi sebenarnya risiko tinggi..maner lah tahu yang ditangkap tu bukan belut tapi ULAR...hehehe. Masa menangkap belut saya tak pikir plak ULAR tapi bila dah selesai baru terpikir ...ye tak ye jugak kalau ler tertangkap ular cam ner yek? Tapi dari skil saya ler masa bebudakkan sebenarnya kita bole tahu antara ular dan belut. Belut badannya licin berlendir tidak kasar tetapi kalau ular nampak je licin sebenarnya kulitnya kasar. So aktiviti siang menyiang belut nih dilakukan oleh emak dan kakak Abang Nasir. Itu part mereka. Keesokan harinya emak Abang Nasir memberi kami sepinggan lauk "belut goreng bercili"...tapi tidak seorang pun dari famili kami yang mencuba rasanya...hehehehehh...tetapi dari segi kebersihan belutlah ikan yang paling bersih jika dibandingkan dgn ikan lain...belut hidup dalam tanah dan memakan daun-daun/akar daun/cacing dan isinya lebih halus dan gebu. Ada orang kata belut ni boleh mengubat orang penyakit lelah. Betul atau tidak saya tidak pernah memakannya. Itulah pengalaman saya and the gang mencari belut. Memang seronok. Cuber ler... Di Blog ini saya ada selitkan serba sedikit mengenai belut. Tapi dalam bahasa Omputih ler. Sila lihat Blog Nostalgia - Belut Jilid 2

No comments: