apa yang aku lalui sedari kecil hingga arwah emak meninggalkan aku adalah begitu manis dalam hidup aku, bila emak meninggalkan aku pergi tanpa kembali, aku dibuang oleh...tak perlu aku nyatakan...lumrah dunia. setiap insan mudah lupa...lupa akan kehidupan mereka...mereka alpa dengan duniawi tapi lupa akan akhirat...tapi aku redha...mungkin ada hikmahnya. jadi aku mulakan hidup aku dengan jalan aku sendiri tanpa mereka
20hb September 2005
Ari nih sampai ofis kul 8.15 pg. Ari ni bawa bekal. Sebelum pergi keje tadi singgah sekolah Nabil dan inform ustazah that the van yang ambil Nabil tak datang ambil sejak dari minggu lepas. Semalam pun tak ambil. Hari ni pun tak ambil, pembantu yg hantar Nabil kesekolah. Apa kena plak nih...bayaran penuh lak tu. Bukan ler kira pasal bayaran tapi perkhidmatan/servis yg baik tu perlu adanya.
Sampai ofis settle kan semua apa-apa yang patut. Ari nih terasa busy ler sikit mungkin sebab nak Audit ni kot...mereka nak update itu nak update ini. Agaknye ler ye...
Ptg 2.00 ptg, boss gi Sungkai. Saya prepare rpt. ok settle.
Balik ku 5.30 ptg. Sampai umah 6.05 ptg. Makan dulu main-main ngan Alisa. Tunggu anak balik sekolah dan ajak gi beli roti. Gi kedai hardware nak beli tombol pintu rumah. Balik singgah PETRONAS beli roti and sausage ayam. Esok nak buat Chicken sausage roll. Anak-anak suka makan.
Malam dalam pukul 7.30 mlm sampai rumah. Alisa menangis dan muntah-muntah. Hubby balik dan terus bawa Alisa ke Klinik. 8.30 mlm gi klinik settle kul 10.30 mlm. Doktor kata demam selsema shj. Selsema ni ada 2 jenis, satu jenis meleleh keluar hidung dan satu lagi meleleh dalam hidung terus ke tekak. Itu yg buat tekak macam rasa loya jer. Alisa nih kes no.2 so bole le jadi muntah sebab lendir banyak. Bagi ubat selsema,batuk dan tahan muntah. Mlm bagi susu dan Alisa lena. Anak-anak yang lain tak ikut sama cause kerja sekolah banyak. Ingatkan nak tengok TV tapi terlena la plak. Sedar-sedar TV tengok saya. Saya bangun dan tutup TV dan zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment