Teringat Zaman Kanak-Kanak - Hari Raya

Assalamualaikum. Tengah melopong nih tiba-tiba teringat saya akan satu kes dan ini juga salah satu kenakalan saya semasa saya kecil. Biaser ler kalau hari raya gi menziarah rumah sanak saudara. Me and family gi ler rumah mak long saya di Klang. Sampai je terus mereka bagi minum dan makan kuih. Saya ni plak kalau emak tak beri kuih pada saya, saya tak kan ambil kuih. Tetiba anak mak long saya pelawa ler kek buah, saya pun tengok mak saya dan mak saya just kerdipkan mata (maknanya ok) so saya pun ambik ler sekeping. Makan ler. But biaser ler bebudak mana suka sgt kek buah ni, saya nak beri pada emak takut kena marah so dalam kesibukan mereka berborak dgn rancak, saya pun perlahan-lahan menurunkan tangan saya kebawah meja dan 'toink' saya buang kek buah tu dibawah meja. Lepas tu saya just keep quiet and control macho. Lama gak raya di umah mak long saya, me and family pun balik ler. Bila dah balik saya still tak citerkan kejadian tu pada emak saya. hehehhh...sampai le saya dah beranak pinak nih...penah gak saya fikir apalah jadi bila mereka jumpa kek buah dibawah meja itu...ahakssss...tapi itulah kenyataannya. Minta maaflah bebanyak...Wassalam.

No comments: