Hari nih kluar umah kul 7.35 pagi. Memandu dgn tenang. Sampai jalan Tun Razak lagu si Mawi..apa lagi kuatkan radio dan tutup tingkap. Saya minat gak ngan Mawi nih. Suara dia ada kelainan tak
seperti suara penyanyi lain. Itulah kelebihannya. Pagi hujan. Alhamdulillah dah lama tak hujan pagi. Seronok.
Sampai ofis kul 8.20 pagi. Ari nih parking tak bayar. Parking kat tepi bukit tu tapi ader kotak parking. Insyaallah tiada apa yang jadi pada keta comel F1 saya.
Janji dengan NJ nak beri kotak so saya dah bawa kotak dan serahkan pada NJ. Ramai plak yang minat. So apa lagi saya cakap pi la cari kedai buka/gift.
Lunch makan nasi goreng kerabu ngan telur dadar. Alhamdulillah kenyang. AM makan nasi, kerabu sotong dan telur dadar. HS makan nasi paprik. NSB makan mee kari. Ok gak makan reramai nih syiok gak bagaikan satu famili. Itulah yang saya rasa.
Balik kul 5.30 petang. Cam biaser la. Nak kejar masa dgn anak-anak. Itulah masa yang ada dengan mereka. Seciput jer masa ngan mereka. Apa nak buat saya bekerja. Masa ciput ni ler nak tengok buku anak, nak belek anak, nak bagi anak makan malam, nak berboraklah, tanya itu ini lah dan juga melayan keletah "Sin Chan" si kecil yang tengan lasak tuh...waduh...tapi itulah pelega penat saya.
Balik jer...parking depan umah, tengok si kecik nih dah bergoyang-goyang menari nampak emak dia balik...itulah yang membuat saya berkobar-kobar balik cepat. Terhibur dengan keletah si kecil. Keletah si besar tak kurang juga terhiburnya..kenkadang tu terlebih hibur boleh jadi ter marah...heheheheheh...ok bye nak balik dah.
Malam tadi anak lelaki saya, Nabil kena sengat lebah. Sebenarnya lebah tu mungkin pengsan/pitam, dia pun pegang ler kepak lebah tu...tup,tup,tup lebah tu sedar terus panik dan automatik sengat jari hantu Nabil. Nabil senyap jer. Lepas tu kakak nya cabut cepat-cepat sengat lebah.
Nabil mula terasa berdenyut dan tunjukkan pada saya. Saya selaku doktor tiada certificate memicit kuat pada tempat sengatan lebah tu bagi keluar bisa lebah. Apa lagi meraung bagai nak rak. Saya biarkan dia menangis, then dia senyap sendiri. Lepas tu dia cakap pada saya "emak, tangan Abil dah tak sakit, dah elok dah mak". Saya cuma senyum dan Nabil mulakan balik aktiviti bermainnya. Lupa pasal sakit di jarinya.
No comments:
Post a Comment