Saya sebenarnya mempunyai satu keistimewaan dimana saya mempunyai ramai ibu dan bapa. Saya mempunyai
3 orang ayah iaitu ayah kandung, ayah angkat & ayah mentua. Manakala emak pula saya mempunyai4 orang iaitu emak kandung(yg melahirkan saya), emak angkat (yg menjaga saya dari umur 3 hari hingga ke hari ini), emak mentua & emak mentua (tiri).
Ikuti salah silah nya...
Tanpa mereka siapalah saya. Saya dilahirkan di Sarawak. Adik beradik kandung saya mempunyai 14 orang adik beradik. Dan saya adalah anak ke-12. Itulah dia ayah & emak kandung saya. Tetapi saya telah diberikan kepada sebuah keluarga angkat.
Masa saya diberikan kepada keluarga angkat saya ni, umur saya 3 hari. Masa tu keluarga angkat saya dah ada 2 orang anak, dua-dua lelaki. Maknanya saya jadi anak perempuan tunggal mereka. Anak bongsu pompuan. Bermulalah kehidupan saya bersama keluarga angkat saya sehinggalah kini. Dan juga sehingga saya kahwin dan beranak pinak dan di rumah keluarga inilah yang menjadi kediaman saya. Keluarga ini sebati dalam hidup saya 100% dan istilah ayah & emak angkat tiada di dalam diari hidup saya. Mereka seakan ayah & emak kandung saya.
Naluri seorang anak akan tersentuh juga bila mengetahui keluarga sendiri memberi anaknya sendiri kepada sebuah keluarga yang lain. Terlintas juga di otak saya mengapa diberi, kenapa tidak dijaga seperti adik beradik yang lain? Kenapa saya sahaja diberi kpd keluarga lain?
Semakin meningkat dewasa pemikiran sebegitu tidak lagi saya endahkan. Yang saya fikir mereka ayah & ibu yang melahirkan saya kedunia, saya mesti hormat serta sayang pada mereka.
Tetapi bagi saya, keluarga yang bersusah payah menjaga saya dari umur 3 hari hinggalah saya dewasa, berkahwin dan beranak, mereka juga menyekolahkan saya, memberi saya kehidupan yang baik serta tingkah laku dijaga rapi dan juga semasa saya sakit demam sapa yang jaga?, tidak terbalas rasanya jasa mereka pada saya. Saya pun tak tau macam mana nak tulis...hehe. Sedih la plak...Tapi kedua-duanya saya sayang dan hormat. Tapi saya akui saya memang sayang lebihlah pada keluarga yang menjaga saya sedari kecil hinggalah dewasa. Keluarga kandung sayanggggggg jugek ...tetapi ader kureng la sikit.
Bila berkahwin saya mendapat ayah & ibu mentua (tiri). Tetapi saya juga mempunyai seorang lagi ibu mentua. Tetapi sudah berpisah dengan ayah mentua saya. Kirakan saya dan suami senasib. Cuma berlainan kes sahaja ahakssss...itu jer ler keistimewaan saya....bye.
Syukur saya mendapat ramai ibu dan bapa. Semoga ALLAH memanjangkan usia mereka, sihat segalanya dan semoga ALLAH permudahkan segala urusan mereka.
Untuk ayah(angkat) saya Allahyarham Amran Bin Hj. Maidin yang telah kembali kerahmatullah. Marilah kita bersama bersedekah Al Fatihah untuk Allahyarham.
Al Fatihah. Bismillahhirohmanirrohim.
Amin.
"Mesti bila orang survey bolg saya, mereka mesti kutuk apa yang istimewanya biaser jer. Tapi pada saya ianya tetap istimewa...hehehhe"
No comments:
Post a Comment