Pengalaman Seram

A/kum.
Korang penah tak mengalami pengalaman seram. Sebenarnya ini yang nak saya citerkan. Kes ni terjadi semasa saya pergi Kursus Perkahwinan di Komplek Kelana Jaya. Saya sebilik dengan 2 orang lagi sekursus dgn saya. Bila selesai semua kursus kitaorang pun balik ke bilik dan baring di katil. Saya hampir terlelap. Tiba-tiba saya rasa badan saya berat sangat dan sukar utk bangun. Makin saya kuatkan diri utk berdiri makin kuat bebanan pada tubuh saya. Saya boleh nampak kawan-kawan saya tidur dan saya telah menjerit sekuat hati memanggil mereka tapi mereka tak sedar pun. Saya baca Al-Fatihah dan Ayat 3 Qul tapi makin lama makin berat tindihan pada badan saya. Saya tak tau nak buat apa dan saya pasti saya sedar tapi saya tak nampak apa-apa pun yang menindih badan saya. Setelah beberapa lapad ianya hilang begitu saja. Keesokkan harinya saya tak ler ceriter pd kenkawan. Saya just senyap. Kali kedua saya kena semasa saya dalam pantang anak no. 3. Masa itu saya dah tidur dan saya bagai tersedar dari tidur dan ketika itulah benda berat itu menindih saya. Badan saya seakan lemah selemahnya dan tidak boleh buat apa. SAya nampak anak-anak saya, suami saya tapi mereka tak dgr saya menjerit. Saya membaca Ayat Qursi tapi makin lama makin berat. Dan saya keadaan macam itu berlarutan tak lama sehingga tanpa sedar benda itu hilang sendiri. Dan kes yang satu nih semasa dalam pantang anak ke 3. Masa itu saya terjaga dalam lewat tengah malam. Dan pada masa yang sama saya lihat di hujung kaki anak saya yang baru lahir itu satu benda hitam yg agak tinggi dan besar. Tapi benda hitam tu saya tak perasan samada bentuk spt manusia atau lain-lain. Yang pasti ia seakan asap berkepul tetapi teguh dan tegap. Saya hanya memandang sekilas dan benda itu pun hilang. Saya tertidur semula dan saya perasan saya seperti membuka pintu rumah saya dan melihat seorang perempuan tua tetapi mukanya sangat bersih dan perempuan tua itu bersanggul kemas. Rambutnya yang beruban tersisir rapi tidak comotlah. Perempuan seakan mahu keluar dari pintu pagar rumah saya sambil menoleh kearah saya yang masih dipntu sambil tersenyum lalu hilang. Manis dan tenang melihat senyuman nya. Masa itulah saya terjaga kerana suami saya balik dr kerja. Waktu dalam awal pagi dlm kul 2-3 pagi. Masa kejadian hubby saya bekerja di KLCC mengubahsuai Surau di KLCC. Kejadian diatas memang benar saya alami tapi ianya hanya mainan tidur. Tapi pengalaman mengalaminya tidak akan saya lupakan. Sejak dari itu setiap kali sebelum tidur Ayat Qursi sentiasa dibaca. Juga pada anak-anak saya akan bacakan Ayat Qursi dan hembuskan pada ubun-ubun dan seluruh badan mereka serta niat. Setiap kali berjalan juga begitu. Kalau berjalan malam saya akan bacakan Ayat Qursi dan hembus pada tapak tangan dan sapu pada muka anak kecil dengan cara menyapu muka dari dagu bawa keatas hingga ubun-ubun anak. Insyaallah. Oh ya saya juga nak ceritak bagaimana satu pengalaman dimana memang terjadi pada saya anak saya sendiri (anak sulung) sewaktu ia kecil. Kebetulan pada hari ialah Hari Hantu (bagi masyarakat Cina) dia man mereka akan melepaskan dan memberi makan pada roh-roh keluarga mereka. Jadi hari itu kami semua balik ke kampung pada malam hari kerana menghantar sepupu balik kampung du Hulu Langat. Tiba di satu tempat dimana masyarakat Cina meraikan Hari Hantu itu suami saya bercakap secara berjenaka "berapa banyak lah yang lepas nih". saya cuma diam. Setibanya dikampung anak saya mula menangis. Sekuat hatinya. Saya ambil pun nangis. Bagi susu pun nangis. Anak saya hanya berdukung dgn neneknya. Mak Long saya cakap pegi panggil saudara saya yang pandai mengubat. Saya pun menjemput saudara saya kerumah Mak Long saya dan bila sahaja kaki saudara saya menjejak tangga akhir utk naik kerumah anak saya mula menangis lagi dengan kuat dan suara yang amat nyaring . Saudara saya hanya memandang anak saya yang sedang menangis. Saya lihat mata anak saya terbeliak serta merah memandang saudara saya tu. Ia senyap seketika. Kemudian bila saudara saya datang dekat anak saya tidak brkelip memandang. Saudara saya memegang kaki anak saya dan tangannya makin lama makin naik keatas danbla sampai keubun-ubun dia membaca sesuatu dan memasukkan ibu jari langit-langit mulut dan dia tekan di dahi dan bawa kebawh hingga ke ibu jari. Anak saya tak berkedip pun matanya. Saudara saya cakap lagi "Jangan datang dan ikut lagi anak cucu aku , aku lepas kan kau" dan bangun menuju kepintu dan saya lihat dia seakan membaling sesuatu keluar rumah sambil meludah. Lepas itu dia naik tanpa menoleh kebelakang. Selepas itu dia membasuh muaka anak saya denga air yang telah dijampi. Anak saya pun ok dan tak der ler menangis dan mata pun dah boleh berkedip. Anak saya nampak seakan letih. Lepas itu dia tidur lena. Sebelum menghantar pulang saudara saya kata 'Kalau nak berkata sesuatu hormat-hormat sikit'. Alhamdulillah anak saya pulih dan tidak menangis lagi. Wassalam.

No comments: