17,18 & 19 hb September 2005

Assalamualaikum. 19hb September 2005. (Sabtu) Pagi gi Pasar Tani. Beli tulang rawan utk buat sup. Tapi tak buat pun sebaliknya saya buat Mee Hoon sup. Ayam ader sikit so saya buat je ler Mee Hoon Sup. Ika dan Alia sekolah hari ini. So settle semua dah makan 12.15 tgh bas sekolah sampai. Nabil tak sekolah. Alisa saya tidurkan pukul 9.30 pg bangun nak hampir pukul 2.00 ptg. Wah! sedap betul tidur nyer. Abg Din and wife datang dlm pukul 3.00 ptg. Bawa perut jer ler. Emak happy ler bercerita, tapi bila saya join bercerita emak buat 'dek' dengan saya. Bila tanya soalan pun buat tak tahu jer. 'Lantaklah malas nak join saya layan ASTRO'. Berboraklah sepuas hati. Biaser lah orang tua kalau anak-anaknya lama tak datang atau tidak call mulalah muncung dan er 'angin' satu badan. Ada sahaja yg tak kena dihati. Cucu-cucu memanjang ler kena marah termasuklah saya. Kenkadang tu geli hati gak cause dah tua bangka camni pun kena marah lagi ngan emak. Sepatutnya pada fikiran saya la 'seseorang emak dan anak sepatutnya bersefahaman sewaktu umur semakin dimamah usia' tetapi tidak bagi keadaan saya. Emak semacam tidak puas hati dgn saya. Tapi saya faham akan diri emak yg semakin dicengkam usia. So saya buat cara saya 'just leave it' and pekak kan telinga. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Tapi peribahasa nih tak sesuai dgn saya. Saya buat peribahasa saya sendiri 'MASUK TELINGA KANAN, KELUAR LUBANG HIDUNG KIRI' ahakssss...kekeke... Dah lah malas nak citer... 18 hb September 2005 (Ahad) Pagi tka gi mana. Just relax. 7.30 pg sediakan makanan pagi utk hubby dan anak. Emak pagi lagi dah sarapan. Hari mak masih cam semalam, tak bercakap pun ngan saya juga ngan anak2 saya. Alisa pun dia buat sambil lewa jer. Saya rasa macam dah tak tahan nak duduk umah. Tension. Lepas sarapan mandikan Alisa. Kul 9.00 pg tidurkan Alisa. Bila dah tidur saya terus masak utk tengahari. Hari ni menu paling simple. Masak nasi dulu. Sambal goreng kentang dgn bilis, bilis titik, goreng telur mata dan ikan tamban goreng halia. Itu sahaja. Anak-anak tak makan cause makan pagi lambat so tgh tak makan ler. Cakap pd hubby beli susu & pampers Alisa. So hubby ajak gi GIANT. Sampai sana anak-anak nak makan Mc Donald so beri laluan pd anak-anak. Settle makan semua baru gi beli susu & pampers serta buah cempedak. Hari dah dekat kul 5.00 ptg. Terus balik dan sebelum tu singgah beli buah tembikai dan dukung. Manis giler dukung nih...isk,isk,isk. Anak-anak diberi pelepasan utk bermain dengan kawan-kawan. Sebelum 7.00 ptg semua dah ada dirumah siap mandi. Mandikan Alisa dan beri susu sambil layan sekejap dan Alisa tidur. Saya tengok dlm bilik baju sekolah anak-anak tak der yang bergosok. Noor tak gosok kesemua baju. So saya bangun ambil semua baju sekolah mereka dan mula menggosok. 4 pasang seorang semua siap digosok dan juga baju sekolah Nabil. Siap semua, puas hati. Alisa terjaga dlm pukul 8.00 mlm. Bangun dan tukat pampers beri susu dan baring semula. Anak-anak yg lain sibuk dgn buku sekolah dan susun buku sekolah. Semuanya kenyang. Saya pun apa lagi tutup lampu dan tengok tv peberet saya CSI. Alisa & Nabil tidur. Ika & Alia masih mewarna buku mereka. 19 hb September 2005 (Isnin) Keluar umah kul 7.35 pg. Hujan, best nyer sejuk. Tapi risiko sesak la plak. Masa keluar umah emak masih muncung lagi. Anak saya pun dia buat 'dek' je. Suka hatilah, faham sendiri. Noor pun belum tentu pukul 8.00 pg sampai umah. Padahal rumah dia bukan jauh. Dah diberitahu dtg awal, tak juga. Dari Jln Tun Razak dah mula sesak sampai ke Sg. Besi. Lepas shj susur masuk Ke KL jalan ok. Sampai ofis 8.35 pg. Settle semua keje. Boss ke MHA, Kjg. Sebenarnya posa hari nih...ganti 1 hari jer. Pas tu ingatkan nak continue posa tapi...banyak tapinyer. Hari ni saya bengang gak dgn one of Xsekutif di tempat kerja saya. Saya tanya nama barang tapi dia melalut kemana-mana. Ada ke dia cakap pada saya "I orang lama here I should know everything in my dept". So saya pun cakap saya hanya nak tau brand barang tu kalau tak tahu tak aper ler. Thank you. Saya pun letak phone. Hampeh lah. Terima kasih jer ler yek. Kul 5.30 balik. Buka posa minum air fresh orange lagi dam makan nasi. Lepas makan saya pun tumbang. Bukan aper mungkin sebab minum ais. So aktiviti ulangkaji anak-anak ditunda ke hari Selasa. Semalam mereka buat aktivti Kerja Sendiri. hehhehehe....ok wassalam.

No comments: