1hb, 2hb & 3hb Oktober 2005

Assalamualaikum. 1hb Oktober 2005 (Sabtu) Macam biasa uruskan rumah dan anak-anak. Hari ini Ika dan Alia sekolah. Ika malas nak pergi cause ada invitation birthday party rumah sebelah. Saya cakap birthday mula kul 5.00ptg lepas balik sekolah pegi ler. So dia nak pegi sekolah tapi van dah lepas cuma Alia shj yang naik van. So terpaksa ler saya hantar plak naik kete ke sekolah. Settle semua balik umah dan tidurkan Alisa. Nabil pun tidur juga. Petang tak kemana cause hujan. CUma duduk dirumah melepak sambil menonton Sin Chan dan Doraemon. hheheh... Oh ya ada jemputan baca yassin di rumah sebelah tapi saya tak pergi cause jaga anak-anak cuma emak saya saja wakil. Belah petang pulak birthday party anak jiran sebelah Ika dan Alia shj yg pergi. 2hb Oktober 2005 (Ahad) Hari ni bangun awal cause ada gotong royong kawasan perumahan. Mula kul 8.00 pagi. Hubby bangun dan sarapan then keluar join gotong royong. Anak buah and Nabil pun join together. Seronok gak saya tengok keadaan sebegini dan Clik...ambik gambar 2 keping masa mereka tengah angkut barang-barang ke dalam lori sampah. Hari ini tak masak cause nasi pengantin banyak lagi serta lauk-pauk. Makan itu sahaja. Belah petang baru masak sambal sotong. Malam semua orang tak nak makan. Mereka makan burger... 3hb Oktober 2005 (Isnin) Hari ini sampai kul 8.30 pg. Jalan tak ler sesak sgt tapi cuma vitamin M itu banyak...so itu ler lembab sikit...sampai ofis sibuk sikit jer..cause ader Audit hari nih...lain-lain ok Tgh hari makan jagung kukus shj. Lepak sambil baca surat khabar. Sediakan meja utk lunch esok ..berat gak meja nih...angkat satu udah ler... Masa tengah menaip blog nih dah hampir kul 5.30 ptg. 5hb nanti dah mula posa. Ofis balik kul 4.30ptg. Kena rushing gak cause nak kena beli lauk...acah ajer..beli kuih singgit dua utk berbuka. Lagi pun pembantu nak balik awal...hai tak tau ler saya pemabantu saya nih...mengalahkan supervisor...saya plak yg jadi workers dia ..hehehehe...apa-apa pun SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK. SEMOGA SEGALA KEGIATAN ANDA DI BULAN RAMADHAN INI DIBERKATI ALLAH. WASSALAM.

No comments: