4hb Oktober 2005

Assalamualaikum. Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana dipanjangkan umur. Hari ini saya keluar rumah pukul 8.00pg. Lambat sikit hari ini kerana Alisa nak mengikut plak. Layan punyer layan sampai kul 8.00pg. Dengan ayahnyer pun dia tak nak. Macam-macam cara dipujuk tapi tak jalan jugak at last apalagi lari pecut ler jawab nyer...terlalak-lalak member...ahaksssss...caya tak sampai ofis kul 8.14 pg. hehehehheehe... Tgh nih ader lunch di ofis...semalam nengok anak bulan dan confirm posa hari Rabu 5hb Oktober 2005 (Rabu). So malam ni sahur ler kiter yek...apa nak masak sahur ni yek? Dlm mind dah set nak beli telur asin, buat bubur pun best gak....cakap jer buat bubur tapi saya tak makan bubur ahaksss...Goreng ikan kembung rebus pun ok gak. Tapi ikan rebus yg buat sendiri ler. Set nak bangun cam biasa ler pukul 4.00pg. Settle semua dan tak akan tidur sampai ler subuh. Buat air 3 jenis milo utk chubby kids, nescafe light utk my sweety mom dan nescafe tarik for for lovely hubby and for me squash orange enough already. Balik kul 5.30ptg, call umah inform balik lambat sikit cause nak pi T. Melawati cari Cawangan MPAJ. Semalam balik jalan jam dari Tun Razak sampai ler ke jalan masuk AKLEH. Bukan apa dekat Kedutaan Singapore banyak POLIS dan BOMBA ...saya dah syak ini mesti ada kes bom atau pun kes anthrax cause nampak anggota mereka memakai pakaian yg macam org nak ke bulan tu. Suspen and suspect jer. Nak pegi Melawati pun tak jadi cause sampai umah nak dekat kul 7.00mlm. Sampai umah mandi dan suruh anak-anak makan dan keluar jap gi GIANT beli barang sikit. Beli Biskut JACOB, buah epal, belimbing & tembikai cornflakes. Oh ya beli gak KFC cause Nabil nak makan sahur KFC. Sebenarnya malas nak beli tapi sebabkan dia kata nak posa tu beli gak ler. Sahur bangun gi pukul 4.00pg. Siapkan air minuman dan kejutkan hubby dan anak-anaks. Semuanya bangun termasuk ler Alisa. Bila semua dah makan mereka tidur semula tinggal saya ngan Alisa yg tak mau tidur. So layan ler minah kecik nih...ahaksss...

No comments: