29hb & 30 hb Oktober 2005

29h Oktober 2005 (Sabtu) Pagi gi Pasar Tani. Gi dgn Hubby, Nabil & Lisa. Beli lauk utk masak hari ni. Beli ketam dan sotong. Hari ni rasanya nak Tom Yam campur. Masak lemak ketam. Itu je. Beli kerepek sikit. Itu ajer. Balik pasar tani gi Pasar Keramat pulak nak beli cat. Settle semua balik umah dan mula masak. Hubby mula mengecat. Badan rasa nak demam. Mak saya pun begitu. 30hb Oktober 2005 (Ahad) Hari ni saya tak ke pasar utk beli ikan. Sotong semalam pun belum masak lagi. Hari ni saya tension sikit. Semua orang asyik menyalahkan saya. Tak pernah ler mereka nak dengar masalah saya. Semuanya punca dari saya. Tension giler saya duduk umah. Rasa nak keluar dari umah jer nak release tension. Hari ini saya suruh hubby gi pasar beli ikan terubuk cause saya tak sihat demam selsema. Demam ni kalau kena macam nak tanggal sendi-sendi. Sakit badan semua. Mata pun sentiasa berair...panas. Saya call abg sulung saya minta kebenaran ambil 2 orang anak buah saya datang umah utk menolong dirumah. so dalam pukul 11.30pagi balik kampung jemput mereka dan barang-barang raya mereka. Nanti senang ler sikit abang saya tak perlu bawa banyak barang. Sampai umah dalam pukul 3.00petang. Hari hujan itu yang sampai lambat. Balik umah tidurkan Alisa dan saya pun tidur jugak cause badan letih & lenguh sgt. Sampai pukul 4.30 ptg baru saya bangun dan saya terus ke dapur. Hari ini berbuka dengan Nasi Lemak dan cucur ikan bilis. Itu sahaja. Ok gak sekali sekala berbuka dengan nasi lemak. Suruh anak buah pergi pasar ramadhan beli kuih sedikit. So settle semua Lisa bangun dan bawa se round. Badan memang tak sihat la. So berbuka dan lepas buka semua boom....tak sedar bila hubby balik dan sedar-sedar pukul 1.00pg rupanya hubby baru selesai mengecat bilik atas. Tapi saya continue tidur gak cause badan nih aduhhhh sakit sekali. Pukul 3.00pg saya perasan emak gi bilik air. Emak gi sendiri. Tiba-tiba dikejutkan bunyi jatuh. Saya bergegas melompat dan melangkah anak-anak dan anak buah saya ke bilik air dan YA ALLAH emak jatuh dalam bilik air. Saya punya panik YA ALLAH mak kenapa ni, kenapa tak kejutkan orang? Emak cakap sikit ajer. Tapi saya pasti yang bunyi kuat tu kepala emak terhantuk di kolam. YA ALLAH mengucap panjang saya. Nasib baik tidak jadi apa-apa. So hari ini saya tak benarkan emak puasa dan sahur tadi saya suruh emak makan sikit dan makan ubat. YA ALLAH takutnya saya... Saya warning emak jangan buat satu kerja pun hari ini. Biar pembantu saya sahaja yang buat. Baring saja. Cukup masa waktu makan, makan ubat.

No comments: