31hb Oktober 2005

Sampai ofis dalam pukul 8.15pg. Hari ini FZA tumpang. Jalan celar tak banyak kereta. Wah seronoknya memandu begini jalan tak sesak so kita pun tak perlulah rushing. Berbalik citer pagi tadi pasal emak saya jatuh bilik air tu saya memang cukup panik takut jadi apa-apa. Dah lah ada darah tinggi...isk buat saya tak senang hati jer. Saya rasa tak selesa kalau saya tak der dekat ngan emak. Bukan apa saya tak pernah jauh dari emak cause saya yang setiap hari monitor emak. So rasa bersalah pulak kalau saya tinggalkan emak. Ni nak balik raya ni mesti saya rasa tak sedap hati. Hubby seakan tidak faham keadaan saya. Mereka tak pernah peka tentang keadaan saya. Tapi saya nak buat macam manakan. Terpaksa terima hakikat. Rasa sedih sangat. KEadaan saya tak seperti orang lain. Saya nih terpaksa menanggung semua keadaan, menjaga hati semua orang tapi orang tak pernah pun nak jaga atau mengetahui perasaan saya.Bagaimana keadaan saya dan lain-lain. Saya terpaksa menggembirakan hati saya sendiri walaupun teruknya pada diri saya. Saya saja buat gelak ketawa kerana bagi saya itu sahaja yg boleh menenangkan dan melupakan masalah saya.

No comments: