apa yang aku lalui sedari kecil hingga arwah emak meninggalkan aku adalah begitu manis dalam hidup aku, bila emak meninggalkan aku pergi tanpa kembali, aku dibuang oleh...tak perlu aku nyatakan...lumrah dunia. setiap insan mudah lupa...lupa akan kehidupan mereka...mereka alpa dengan duniawi tapi lupa akan akhirat...tapi aku redha...mungkin ada hikmahnya. jadi aku mulakan hidup aku dengan jalan aku sendiri tanpa mereka
Resepi Bulan Posa - Ikan Cencaru Sumbat Bakar
Ikan Cencaru Sumbat Bakar
2 ekor ikan cencaru sederhana
(Siang dan bersihkan ikan potong bhg belakang)
Bahagian A
1/2 biji kelapa parut
2 cm kunyit hidup
2 biji cili merah
5 biji cili padi
Sedikit belacan
Bahagian B
5 ulas bawang merah
1 helai daun kunyit (sederhana besar)
2 batang serai
(bahagian B semua bahan dihiris halus)
Limau nipis
Garam
Gula
Daun pisang
Cara membuat:
Tumbuk kunyit dengan garam hingga halus kemudian masukkan cili besar dan cili api. Tumbuk hingga hancur dan masukkan belacan. Tumbuk semua bagi hancur. Masukkan kelapa dan gaulkan kemudian campurkan kelapa tadi dengan kesemua bahagia B. Bila dah secukup rasa perahkan jus limau nipis untuk rasa masam sedikit. Bila rasa dah ok semua sumbat kelapa tadi dibahagian belakang ikan padat-padat. Bila dah padat cucukkan lidi saya di belakang ikan untuk menutup belahan ikan tadi.
Selepas itu balut ikan dengan daun pisang dan bakar. Bagi yg tiada alat pembakar letakkan dlm kuali dan sedikit minyak. Balikkan ikan da biarkan masak. Api perlahan shj.
Nota Chef Zam:
Ikan sumbat nih boleh dibuat banyak ekor. Cuma bakar setengah masak dan bila sejuk masukkan dalam bekas bertutup dan simpan dalam freezer. Keesokkan hari bila teringin nak makan lepas balik kerja keluarkan dan letak bahagian bawah peti sejuk. Bila balik kerja ikan dah lembut dan bakar sahaja atas kuali. Tidak payah membuang masa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment