apa yang aku lalui sedari kecil hingga arwah emak meninggalkan aku adalah begitu manis dalam hidup aku, bila emak meninggalkan aku pergi tanpa kembali, aku dibuang oleh...tak perlu aku nyatakan...lumrah dunia. setiap insan mudah lupa...lupa akan kehidupan mereka...mereka alpa dengan duniawi tapi lupa akan akhirat...tapi aku redha...mungkin ada hikmahnya. jadi aku mulakan hidup aku dengan jalan aku sendiri tanpa mereka
Resepi Bulan Posa - Sambal Tempoyak Petai & Bilis
Sambal Tempoyak Petai & Bilis
1 mangkuk ikan bilis
2 sudu makan tempoyak
2 cm kunyit hidup
2 sudu makan cili paste
5 biji cili padi
2 papan petai (isi petai dibelah dua utk mengelakkan makan ulat petai heheh)
1 cawan santan pekat
1 helai daun kunyit (sederhana besar)
Garam
Gula
5 sudu minyak kelapa utk menggoreng bilis dan menumis
Cara Memasak:
Kunyit ditumbuk halus. Masukkan cili padi dan tumbuk sampai halus. masukkan paste cili dan juga tempoyak. Gaul rata.
Panaskan minyak kelapa dan goreng bilis hingga setengah garing masukkan petai, daun kunyit dan juda bahan yang ditumbuk. Kacau sebati biarkan seketika hingga sambal garing baru masukkan santan. Gaul sebati dan rasa garam dan gula. Bolehlah diangkat bila sambal tempoyak itu lecak-lecak.
nota Chef zam:
Sambal tempoyak ini bukan sahaja dimakan dengan nasi serta ulaman malah bolh dimakan dengan roti. Sapukan sambal tempoyak diatas sekeping roti gardenia dan yummy...sedap .Cuberlah boleh dibuat sebagai makanan sarapan pagi dan bila-bila masa anda lapar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment