apa yang aku lalui sedari kecil hingga arwah emak meninggalkan aku adalah begitu manis dalam hidup aku, bila emak meninggalkan aku pergi tanpa kembali, aku dibuang oleh...tak perlu aku nyatakan...lumrah dunia. setiap insan mudah lupa...lupa akan kehidupan mereka...mereka alpa dengan duniawi tapi lupa akan akhirat...tapi aku redha...mungkin ada hikmahnya. jadi aku mulakan hidup aku dengan jalan aku sendiri tanpa mereka
12hb-18hb November 2005
Assalamualaikum
12hb November 2005 (Sabtu)
Pagi bersiap-siap untuk bawa my mom ke PUSRAWI utk buat rawatan mata. Dalam pukul 9.00pg saya pun chow naik teksi lagi. Tak naik keta cause parking area tu memang susah ler. Pukul 9.15 sampai di PUSARAWI Specialist. Dapat masuk cepat jumpa doktor dan check-up. Lepas siap check-up tentukan tarikh buat operation. Settle so jadinyer 24-25 November 2005. Tapi sebelum itu kena buat x-ray dan test blood. Alhamdulillah semua settle hari ini juga. Balik umah dalam pukul 3.00ptg. Sebelum balik saya makan dulu ngan my mom. Apalagi saya pekene Mi Hailam...adussss ennnnak skali.
Sampai umah my daughter said that ada orang nak datang raya so saya pun tunggu ler tak sampai 15 min sampai ler orang tu. Adik kakak ipar saya datang bersama isteri. Dalam pukul 6.00 petang datang pulak cucu my mom with hubby dan anak kembarnya. Ramai ler plak datang hari ni. Ingatkan boler ler melepak tapi melepek....
13hb November 2005 (Ahad)
Hari ini pagi saya masak nasi lemak jer. Banyak plak tu so hari ini makan nasi lemak shj. Hari ini ingatkan nak ke pasar tapi tak jadi...saya pegi giant jer beli gula,pampers,mi dll lagi. Hubby balik malam ajak gi merendek. So bawa anak buah semua dan anak-anak saya.so kitaorang gi carefour ps tu gi pizzas hut dan tapau bawa balik umah so apalagi makan beramai-ramai.
14hb November 2005 (Isnin)
Hari ini saya mc cause otot pinggang saya bengkak sikit. Lagipun pembantu saya tak datang cause demam. Isk...ni yg tension nih. Pagi gi pasar beli ikan dan stok utk esok hari. Hari ni masak mi goreng dan ikan goreng serta sambal bercili jering jebang dan bilis.
Tengahari gi klinik bawa Ika cause kelenjar bengkak sikit. Afterthat gi Tabung Haji. Dala pukul 2.00 ptg sampai umah dan makan ler apalagi....
ptg hujan so aktiviti melelapkan mata smua-mua anak dan anak buah serta mak buah tidoqqqqqq.
malam tak der apa just melepak tengok Bersamamu...alahai sedih nyer....sedih saya berlarutan hingga ke tidur....
15hb November 2005 (Selasa)
hari ni keje sampai kul 8.25. Call umah pembantu still tak datang. Mangkuk tingkat betul naper ler tak call awal. Macam kompeni nenek dia. apa-apa pun saya settle semua keje dan dalam pukul 11.15 pagi nanti saya balik umah.Hari ni kitaorang discuss pasal nak buat dept. gathering. Best gak nih....okay lah saya nak balik beli lauk utk anak-anak. Entah apa ler dia orang makan...sian plak. My Mom pun tah apa nak makan...bye
16hb November 2005 (Rabu)
hari ni sampai ofis kul 8.20pg. Hari ni my maid still tak datang. saya malas nak pikir hal dia ni. gasak dialah. Terlampau dah dia nih...malas nak pikir.
tgh nak makan apa yek? so saya cuma ambil susu dan buah nenas 2 potong.hhheee
Petang balik NJ tumpang sampai Jelatek. Ada gak geng berborak. Sampai umah ajak anak-anak dan anak buah gi merendek. Gi Taman Permata beli frozen food. Anak-anak dah kurang makan nasi so saya belikan instant food. Kopak gak dlm RM60.00. Tapi demi anak-anak no prob. Janji mereka makan happy. Nakal-nakal pun kesian gak pada mereka tak sampai hati plak nak denda mereka "No Belanja" for this week. Tak sanggu akak tau...balik keje tengok muka anak-anak tu rasa sejuk perasaan akak walaupun banyak komplain yg diterima dari nenek mereka tentang kenakalan dan perangai mereka.
Balik umah dlm hampir pukul 8.00 mlm. Bukan apa cari tiusyen utk anak-anak tapi semuanya tutup cuti sekolah ..isk,isk. apa punyer tiusyen ler...
17hb November 2005 (Khamis)
Sampai ofis dlm pukul 8.28 pg. Bawa bekalan sedikit utk breakfast. Pagi nih tak banyak surat masuk. So beler ler ambil masa sikit baca news.
18hb November 2005 (Jumaat)
SLAMAT ARI JADIK
SLAMAT ARI JADIK
SLAMAT ARI JADIK UTK SAYA
SLAMAT ARI JADIK DIK DIK DIK DIK...
HAPPY BESDAY TO ME,
HAPPY BESDAY TO ME,
HAPPY BESDAY, HAPPY BESDAY,
HAPPY BESDAY TO MEEEEEEEEEEEEEEE....
HE,HE HARI BESDAY SAYA...PULUN PUNYA PULUN ISK TUA DAH RUPERNYA SAYA NIH...alhamdulillah sihat semuanya..syukur
ari nih sampai ofis kul 8.00pg. Ari ni ada makang-makang di ofis. Masing bawak makanang. Manyak tak terkata. Sampai-sampai GM dah mulakan acara makang. Kemudian di ikuti oleh kengkawan lain dan seterusnya lah....menu-menu yg ada adalah:-
Nasi beriyani gam
Ayam masak beriyani
Rendang Daging
Dalca
Nasi impit
Kuah kacang
Serunding daging
Kek kukus coklat
Nasi lemak bungkus
Kuih rayas.
Alhamdulillah ramai gak tetamu yg datang...murah rezeki...so makanlah kitaorang samapi ke petang...hehehhe
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment