19hb & 20hb November 2005

Assalamualaikum. 19hb November 2005 (Sabtu) Hari ni saya berkemas rumah dan segalanya lah. Pembantu cuti hari ni. So settle semua kluar gi Giant Permata bawa anak-anak. Beli lauk utk makan tengahari dan makan Mc Donald dgn anak-anak. Settle semua baru ler balik. Dalam pukul 1.00ptg sampai umah dan terus hidangkan lauk dan lunch. Mandikan Lisa dan tidurkan. Saya pun apalagu tidur juge ler. Hari mendung menandakan hujan akan turun. Angkat kain dan letak atas sofa. Lepak semula. Hujan sampai ke malam. Malam sediakan makanan. Lepas makan apalagi layan mata ler. Tengok tv. Citer kureng plak. Tutup tv dan tidurkan Lisa dan saya pun tidoq gak. Pukul 1.00 pg terjaga dan layan tv. Mata dah tak nak tidoq. Pukul 4.00pg baru tidoq. 20hb November 2005 (Ahad) Hari ni tak larat rasanya. Badan lemah jer. Tapi lawan perasaan itu dan bangun sediakan sarapan. Buat Crab Roll dlm 10 ketul. Makan 2 ketul dgn nescafe panas. Nyaman...... Kemaskan dapur dan basuh kain. Pagi ni cerah sikit. Sidai kain semua dan tidurkan Lisa dlm pukul 9.00 pg. Lepas Lisa tidur mulakan aktiviti mengemas bilik store my mom kasi clear semua. Dalam pukul 11.00 pg siap cuma nak susunkan kain selimut dan towel. buka tingkap bagi angin masuk. Cantik pun bilik nih. Mana kain-kain kotor tu terus basuh dan sidai. Siap lengkap daalam pukul 12.00tgh. Mandi dan keluar cari makanan. Gi Permata beli lauk dan nasi ayam. Balik lebih kurang dalam pukul 1.30 ptg. Beli goreng pisang lagi. Yummy....Bali umah anak buah sediakan semua dan makan ler apalagi... Siap makan, mandikan Lisa dan tidurkan dia dan saya pun apalagi layan mata...dlm pukul 5.00ptg terjaga hari nak ujan. angkat kain dan kemas dapur per plak. Hujan turun dan aktiviti saya melepak depan pintu sambil melayan Lisa. Makan malam goreng telur mata dan ikan bilis + bawang. Sedap gak nasi panas2. Anak-anak dan anak buah layan mi segera. Settle. Tepat 9.00 mlm ...masing-masing sudah berada di tempat tidur dan layan mata. Apalagi lepas bagi anak-anak layan Mr. Bean mereka saya plak layan CSI...sampai ler ke pukul 3 pagi. Lepas tu baru ler tidur...hehehe. Sejukkkk sekali cause hari ujan .... Wassalam.

No comments: