Pagi nih saya g keje mcm biasa tapi dlm perjalanan saya ke toll DUKE saya ternampak seorang bapa yang membawa 2 anaknya dengan menaiki motor. Anak lelakinya dibelakang tanpa memakai topi keledar dlm lingkungan usia 7-8 tahun dan seorang lagi anak perempuannya tak pasti samada pakai topi keledar atau tidak duduk dibahagian depan. dari belakang lagi saya memerhati si bapa yang membawa anak yang saya rasa kurang keselamatannya. Dan saya lihat anak lelaki dibelakang duduk agak senget dan apabila saya memotong anak lelakinya tidur an saya pun apalagi hon banyak kali dan menggayakan org tidur sambil menunjukkan kebelakang. saya tidak pasti bapa itu faham akan tindakan saya dan sehingga smpai ke tol plaza DUKE saya lihat anak lelakinya masih tidur dan bapanya masih meneruskan perjalanannya dan saya pun berharap jgn lah budak lelaki itu jatuh kerana lebuhraya yang mereka lalui itu mmg sibuk dan kereta masing-masing laju. diharap bapa anak-anak itu kasihanilah anak2 mereka itu dan jagalah keselamatan mereka. smpai petang nih saya masih lagi ternampak-nampak muka budak lelaki yang putih comel itu tidur sambil tangannya memeluk pinggang ayah serta senget kedudukannya. saya rasa simpati pada anak itu. saya berdoa moga-moga tiada apa yang akan berlaku pada anak comel itu.
No comments:
Post a Comment