satu pagi di highway PLUS

Salam.
satu pagi semasa saya memandu dalam sesak ternampak seorang mamat motor yang menolak motornya di lane kecemasan. rasanya jauh gak mamat nih jalan. tiba-tiba ada sorang brother motor berhenti didepan mamat motor tadi dan menghulurkan sesuatu. apabila kereta saya melepasi brother motor nih saya lihat brother itu tgh meemberi sebotol air minuman pada mamat motor nih. YA ALLAH tiba-tiba hati saya jadi sebak...ntah apa-apa jer tetiba sebak. Saya bayangkan betapa mahunya brother itu menolong walaupun tidak memberi tenaganya tapi ia usaha membantu dengan memberikan sebotol minuman. saya lihat dari cermin sisi kereta saya mamat motor itu gembira tersenyum lebar bila brother itu berikan sebotol air. brother tu pun meninggalkan mamat motor. aku rasa mesti brother tu rasa bangga kerana dpt membantu seseorang yg dlm kesusahan. mulia sungguh hati brother itu.
itulah citer saya satu pagi di highway PLUS. Rupa-rupanya masih ada lagi insan yang berhati mulia seperti brother motor tu.

No comments: