Pelita Hati Ku - Nur Alia Binti Zakaria (Flashback)

gambar lia sekarang: gambar lia ngan kakak ika: gambar lia masa kids: Assalamualaikum dan hello. Nama saya Nur Alia Binti Zakaria. Saya dilahirkan pada 10 Julai 1996. Saya dilahirkan sewaktu Hari Raya Korban hampir tiba. Umur saya 8 tahun. Saya bersekolah di dalam darjah 2 Rahmat di Sekolah Kebangsaan Taman Keramat 1. Saya bersekolah pada sesi petang. Saya anak kedua dalam 4 orang beradik. Saya seorang yang pendiam. Saya suka membaca buku. Saya suka melukis gambar Dan saya juga suka membuat latihan yang mak selalu buat. Saya seorang yang lemah lembut. Saya tak suka orang yang berkasar dengan saya. Sebenarnya saya nak bercerita tentang diri saya. Ramai yang cakap muka saya macam ayah tapi saya rasa muka saya macak emak. Emak cakap masa emak mengandungkan saya, emak tidak menghadapi apa-apa masalah pun. Emak kuat. Emak cakap semasa saya dilahirkan pun senang. Tidak banyak masalah. Saya dilahirkan pada 10 Julai 1996 di Pusat Rawatan Islam di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Saya dilahirkan secara normal. Emak kata saya senang keluar. Masa saya keluar emak cakap badan saya putih bersih dan tidak menangis. Tapi bila doktor tepuk belakang saya, saya mula menangis. Ayah pun ada masa tu. Tapi ayah duduk aje. Doktor suruh ayah ikut nurse bila nak bersihkan badan saya dan selepas bersihkan mulut saya, badan saya, mereka akan bagi saya pada ayah untuk diAzankan. Tinggallah emak dengan doktor serta nurse di dalam wad bersalin. Bila doktor selesai semua, emak dibawa ke wad untuk berehat. Emak berada di wad selama 3 hari sahaja. Saya pulak di letakkan di nursery. Saya tiada penyakit kuning. Lepas tu kitaorang pun balik ler kerumah. Sampai di rumah, nenek serta kakak saya yang masa itu berumur 1 tahun 5 bulan sedang menanti. Dia datang dekat pada saya dan mencium saya. Nenek pun mendukung saya dan letakkan saya diatas tilam yang telah disediakan. Nenek masukkan sedikit gula ke dalam mulut saya. Emak saya cerita saya tidak ada masalah langsung semasa dalam pantang dan sesudah pantang dan hinggalah ke hari ini. Saya menyusu susu emak saya. Saya tidak suka menyusu botol. Tapi apa nak buat bila emak kerja saya kenalah minum susu botol. Tapi bila emak balik kerja emak bagi saya susu badan. Barulah puas rasanya. Heeheheh... Saya ni kurang bercakap disekolah. Saya sebenarnya malu. Hinggakan nak minum air pun malu disekolah. Saya sanggup tak makan dan tak minum kerana malu. Satu lagi saya tidak suka orang berkasar dan paksa saya. Ok itu sahaja citer saya...lepas nih saya akan citer plak saya dapat adik lelaki. Oh ya! kakak saya amat menyayangi saya. Tapi sejak kami dewasa kami selalu ler bercekau. Ta ta...

No comments: