Pelita Hatiku - Nur Zulaika Binti Zakaria (flashback)

gambar ika ngan lia: gambar ika sekarang: gambar ika masa kids: Assalamualaikum semua dan hai! Nama Saya Nur Zulaika binti Zakaria. Orang panggil saya Ika. Umur saya 9 tahun. Untuk pengetahuan semua saya anak sulung dalam keluarga saya. Saya berada didalam darjah 3 Amanah di Sekolah Rendah Taman Keramat (1) Kuala Lumpur. Saya bersekolah pada sesi petang. Ha....yang ini pasal diri saya sepertimana yang emak yang citer tau...kita tak tipu yek.... Saya dilahirkan pada 24 Januari 1996. Saya dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur. Berat saya semasa lahir 3.1 kg. Berat jugak tu yek!!!Emak saya citer saya dilahirkan secara pembedahan sebabnya saya tidak mahu keluar dari perut emak saya. Sebelas botol air dimasukkan tetapi saya tidak juga mahu keluar malah emak saya pun tidak merasa sakit untuk bersalin. Untuk pengetahuan semua air tuban emak saya dah pecah jadi ayah pun bawa ler emak ke hospital. Gitu ler emak citer. Masa tu bulan puasa, air tuban emak pecah semasa nak makan sahur. Emak kata macam rasa nak buang air besar, lepas tu emak pun nak tidur semula dan membongkok sedikit nak ambil selimut tak semena-mena emak rasa panas jer air keluar membasahi kaki dan karpet. Emak fikir dan berkata di dalam hati "Isk,isk,isk tak kan ler kencing dalam seluar" lepas tu emak pun cakap pada ayah dan nenek...apalagi kelam kabut ler sahur mereka...ayah bergegas ambil bag dan isi baju emak dalam bag dan terus ke hospital HKL ...semua pergi nenek pun pergi sekali. Setelah berbelas botol air dimasukkan doktor takut saya lemas jadi doktor menyuruh ayah menandatangani surat untuk menyetujui pembedahan untuk mengeluarkan saya. Bila tahu emak nak di operation, lain pulak citer nenek saya nih...isk,isk,isk...ye ler orang tua kan...nenek saya punyer la takut sampai dia terbuang air di dalam kain...punyer ler nenek saya sayang sangat pada emak saya tu...takut nanti jadi aper-aper pada emak saya. Kesian nenek. Terpaksalah ayah saya menghantar nenek balik kerumah. Nasib baik rumah tak jauh sangat ler. Tapi untuk pengetahuan semua nenek saya tu memang macam tu dia tak boleh panik...automatik dengan tanpa segan silu benda tu keluar sendiri...tak tertahan-tahan. Nenek, nenek...I lap u nenek... Bila dah tandatangan emak cakap emak dipakaikan baju bewarna putih tapi ikat belakang. Pukul 12.30 malam emak ditolak masuk ke dewan/bilik pembedahan.Emak kata bilik tu sejuk macam air batu. Dalam bilik tu emak tengok semuanya putih bersih terang benderang. Lepas tu emak dialihkan ke katil dalam bilik bedah. emak disuruh duduk tegak dimana mereka menyuntik ubat kebas pada bahagian tengah tulang belakang emak. Emak kata sakit sangat tapi emak tahan jugak. Lepas tu emak disuruh baring dan nurse-nurse mengajak emak berbual. Tak lama lepas tu Doktor pun datang dan mencubit perut emak. Doktor kata "Rasa sakit tak?". Emak cakap rasa sikit. Sambil berborak emak cakap emak nampak doktor ambil pisau panjang dan halus dan terus menggaris bawah perut emak. Emak kata perut mak dah kebas tapi terasa sakit masa doktor menggunting perut emak. Tapi emak tahan and control machos. Emak nampak semua apa yang doktor lakukan pada emak sebab mereka tak tutup bahagian muka emak. "Kesian emak susah payah nak keluarkan saya". Lepas tu mak nampak doktor ambil gunting dan terus menggunting daging perut emak sikit-sikit. Emak tahan lagi. Emak paling tak tahan dan terasa sakit bila nurse ambil gunting panjang dan kepitkan towel putih kecil-kecil (gouse) dan masukkan dalam luka perut emak untuk serap darah. Emak kata terasa sakit sangat emak rentap tangan nurse yang pegang tangan emak tu. Emak cakap "doktor , saya rasa sakit sangat masa doktor gunting perut saya". Doktor cakap pada emak" Mana ada saya guna gunting!". Emak saya cakap "Saya nampak doktor guna gunting untuk menggunting lapisan perut saya melalui lampu yang tergantung tu". Doktor agak panik sikit dan directly dia cakap pada doktor bius (mungkin ler) suruh emak tarik nafas dan dia bagi emak alat pernafasan (mungkin ada dah dah letak ubat bius). Lepas tu emak tak sedarkan diri. Dalam pukul 1.45 pagi emak sedar, emak dah ada di luar pintu bilik bedah. Emak citer mak meracau-racau , melalut. Lepas mak sedar nurse beritahu "Dik, anak adik comel sangat macam emak dia, putih". Emak masih blur lagi. Mamai. nurse tanya lagi pada emak "Cuba tengok kat tangan adik dapat anak apa?" Emak pun tengok ler gelang plastik yang dipakai di pergelangan tangan, ada tulis GIRL. Tapi emak kata emak nampak macam GRIL. hehehheheh....apalah emak nih...Lepas tu emak dibawa ke wad bersalin. Hah! itulah saya... yang dilahirkan menerusi pembedahan ataupun senang citer "ikut tingkap". Ramai orang berkata kalau anak yang keluar ikut tingkap ni nakal/hyper lebih. Wallahualam saya pun tak tahu. Emak tak der pulak cakap. Betul ker hah? Tapi kalau nak kata memang ler saya nih nakal...dan ader pulak orang cakap kalau anak-anak yang tak reti duduk diam memang bertuah ler emak/ayahnyer kerana mereka aktif/kreatif dan bagi anak-anak yang duduk diammmm jer itu mesti something wrong...heheeh iyer ke? Kalau macam tu berungtunglah emak/ayah saya dapat anak macam saya...saya nih boleh dikatakan dalam kategori yang tak reti duduk diam...ahak,ahak,ahakssss...jumpe lagi...lepas nih saya akan citer saya dapat adik plak...

No comments: