12 Oktober 2007

Salam.
Hari ini saya cuti. Bukan apa cuma kasihankan emak saya yang begitu ceria untuk menyambut hari raya. Jadi segala persiapan memasak saya akan sediakan. Seawal 6.00 pagi saya sudah sampai ke Pasar Keramat untuk membeli santan. Alangkah terkejutnya saya setibanya saya disana santan sudah habissss...tapi saya berdiri juga dikedai santai tu buat muka toya...sebenarnya saya kenal peniaga santan tu so dia diam sahaja hinggalah dia memberikan saya santan 2 kg dan baru saya senyum dan terus bayar dan bergegas untuk ke pasar tani pula. Tiba dipasar tani peniaga baru nak mengeluarkan barang. Saya terus ke gerai daging untuk membeli 1 kg daging untuk tambahan membuat rendang. Siap semua saya balik rumah dan mula mengerjakan daging tadi. Saya membuat segala persiapan barang. Ketupat sudah saya jerangkan pukul 4.00pagi semasa bangun sahur. Buat kerja pagi ni senang sikit. Gading telah saya masukkan dalam kuali beserta daun kunyit, serai. Anak-anak pula mula membantu mengupas bawang merah, bawang putih, halia dan juga lengkuas. Semuanya sudah siap saya mula blender bahan-bahan. tepat pukul 10.00 pg semua siap diblender. Kakak ipar saya baru sampai dan rehat sebentar dan mula masak rendang. Saya pula didapur menggoreng kacang tanah dan blender kacang. siap semua bahan kakak ipar saya akan menumis dan masakkan kuah kacang.
Tepat pukul 1.00 ptg semua siap dan aktiviti meluruskan badan. acara mengemas rumah anak-anak dan anak buah yang uruskan. saya cuma monitor jer...lauk untuk berbuka saya sudah siapkan awal pagi tadi.so tak perlu fikir untuk masak berbuka.
Petang pula saya membawa abg dan kakak ipar saya pergi kebazar ramadhan. hari terakhir peniaga dah kurang. tapi dapat juga membeli kuih sedikit. tepat puku 6.30ptg kami pulang kerumah dan menyediakan makanan untuk berbuka puasa. Syukur semua telah tersedia.
Azan berkumandang dan kami bersegera berbuka dan berkemas. Rehat sebentar sembahyang dan bersedia pula untuk menyediakan makanan untuk takbir dari rumah kerumah. Kumpulan takbir tahun ini anak saya Nabil menyertainya. Wah! raya sakan Nabil dari rumah kerumah sambil mengumpul duit raya. Tepat pukul 10.00mlm giliran rumah saya. Alhamdulillah hampir 30 orang yang hadir untuk takbir. Saya amat berpuas hati bila acara takbir rumah kerumah datang kerumah saya. Saya rasanya bila mereka bertakbir ...sebak. saya begitu sayu dan sedih bila takbir dibaca mendayu-dayu. terasa penat untuk satu hari dari awal pagi hingga kemalam terlerai...syukur kepadamu ya ALLAH.

No comments:

Post a Comment