13 Oktober 2007

Salam. ALHAMDULILLAH. Sempurna sudah tanggungjawab kita semua berpuasa sebulan. Hari ini adalah hari untuk kita bersama-sama meraikan hari raya. Saya pun begitu juga. Tapi yang paling happy adalah anak-anak. Seronok melihat telatah mereka bila mengenakan baju baru. Syukur ke hadrat ILLAH kerana anak-anak saya tabah dan kuat untuk menjalani ibadah puasa. Itupun dah membuat saya berasa bangga kerana mereka dapat menjalani ibadah puasa ini dengan sabar. Kita yang tua ni pun berkerut muka apatah lagi kanak-kanak. Syukur. Itu yang membuat saya begitu teruja untuk membelikan mereka segala makanan yang mereka ingini.
Malam raya, bacaan takbir akan dibuat dari rumah ke rumah. Inilah masa yang dinanti-nanti. Saya dan keluarga memang menantikan malam ini. Bacaan takbir bergema didalam rumah hingga menimbulkan rasa kesayuan serta gembira. Melihatkan ramai handai taulan serta jiran yang menghadirkan diri pada malam itu. Tidak ketinggalan juga anak bujang saya Nabil juga memasukkan dirinya untuk bersama kumpulan takbir pada malam itu.
Hari raya 1 (13/10) @ Sabtu - pagi anak-anak dan anak buah bersembahyang hari raya. ramai juga sanak saudara yang datang. tak kering tangan jugak ler. Pagi lagi anak-anak sudah bangun untuk mandi dan pergi bersembahyang. Inilah gambar anak-anak saya yang sudah meningkat dewasa hehehe.
Nur Zulaika Binti Zakaria
Salam. Emak panggil saya Ika. Saya anak sulung. Raya tahun ni kitaorang tidak kemana-mana sebab ayah balik ke kampung kerana menghantar adik perempuannya yang lambat membeli tiket bas untuk balik ke kampung.jadi tak der tiket bas. Ayah hantar sampai ke kampung, Kedah. Tinggallah kitaorang adik-beradik bersama emak beraya di KL.
Pagi lagi emak sudah membangunkan kitaorang untuk mandi dan bersiap. pagi lagi emak sudah menyediakan sarapan pagi. Paai-pagi lagi emak dah sibuk. Tapi apa-apa pun kitaorang memang gembira dihari raya. lagipun along din dan keluarga balik ke KL beraya bersama jadi ramailah dirumah. Saudara-mara dan sahabat handai juga ramai yang datang kerumah.
Nur Alia Binti Zakaria

Assalamualaikum. Nama saya Nur Alia. Tapi emak panggil saya Lia saja. Pada hari raya tahun 2007 ini saya berasa sederhana sahaja. Saya berterima kasih pada emak kerana membelikan saya baju raya. Saya amat gembira juga kerana along din dan along gee serta apit,apai,arif juga beraya dirumah nenek. Ramai orang lagi seronok beraya.

Emak macam biasa sibuk menguruskan judah raya. along gee juga begitu.saya pun sama menolong mereka berdua. selalunya tugas saya menyediakan biskut raya dan menyusun pinggan dan gelas diatas meja. Seronok juga dapat menolong emak dan along gee.

Nabil Fitri Bin Zakaria

Salam. Selamat Hari Raya pada emak dan ayah juga pada nenek. Begitu juga along din dan along gee. Nabil Fitri nama saya tapi emak panggil Abil shj. Saya anak ke-3. Raya tahun ni saya beraya tanpa ayah kerana ayah sibuk menghantar adiknya yang tak beli tiket bas. Sampai hati ayah meninggalkan kami adik-beradik dan emak pada hari raya. Saya rasa marah juga pada ayah dan adik ayah tu. tapi emak cakap biarlah itu adik beradik ayah. Itu tanggungjawab ayah. Abil diam shj. Malam raya ada kumpulan takbir pun emak suruh saya pergi untuk bertakbir bagi menggantikan ayah. Emak cakap itu tanggungjawab Abil bila ayah tiada dirumah. Lagipun Abilkan anak lelaki. Anak lelaki tanggungjawabnya berat pada keluarga terutama pada ibu & bapa. Abil pergi juga sebab kesiankan emak dan nenek. Pagi raya Abil pergi sembahyang dgn along din, arip dan apit. Nasib baik mereka balik KL kalau tidak abil pergi sendiri. Alhamdulillah Abil dapat melakukan tanggungjawab Abil pada emak.

Nur Alisa Binti Zakaria
Assalamualaikum.
Nama saya Nur Alisa. Tapi emak panggil saya Aca. Saya anak bongsu tau. Raya nih emak yang uruskan saya semua. terima kasih emak dan kakak serta abang. Raya tahun nih along din dan along gee balik.seronok.rindu rasanya pd mereka sebab lama tak jumpa. Aca kawan dengan apit. Aca dapat duit raya. Raya tahun nih Aca tak nampak pun ayah dirumah.emak cakap ayah balik kampung hantar mak usu yang tak beli tiket bas. dah abiss. jadi ayah kena hantar adik dia dan tinggalkan kitaorang dengan emak. jadi raya tahun ni tak der ayah.tapi nasib baik emak ada, emak jadi ayah dan ibu kitaorang adik-beradik.apa sahaja yang kitaorang minta emak akan bagi walaupun dapat lambat. emak sangat sayangkan kitaorang walaupun kadang-kadang emak tu macam harimau...ehehhehe

No comments:

Post a Comment