14 november 2009 (sabtu)

salam.
sabtu, mcm biasabangun pagi dan sidai kain cause nmpak cam cuaca ok jer, cpt2 sidai kain baju dan ajak hubby gi pasar tani beli lauk cause stok dah abis. dlm kul 9.00pg balik dr pasar dan siapkan sarapan. siap semua mulakan aktiviti membasuh ikan-ikan yg dibeli. dlm kul 9.30 stop kejap cause hantar zulaika ke JUSCO cause ada makan time ngan cikga dan kenkawan kelas. balik umah sambung balik dan masak lauk utk tengahari. masak lauk gulai cili api udang ngan kacang panjang dan tom yam seafood. lepas lunch rehat sebentar. anak-anak smua tengok tv dan alisa main komputer. duduk berehat di meja makan dan terlena sekejap. sedar sekejap terus bangun mandi dan sidai kain balik. ari nampak cam mendung. tepat kul 4 ptg zulaika balik. hujan lebat selebat-lebatnya. Hubby bangun dlm kul 5.30 ptg dan terus kedapur, rupa-rupanya dia tgh masak daging kambing dia, sambil tu bakar udang sekali, siap masak semua hubby ajak anak-anak makan sekali, masa tu saya tengah melipat kain. so stop sekejap bila tengok udang yg hubby panggang tu sebenarnya belum siang lagi tapi biasa ler kalau lelaki masak semuanya pro...rasanya malas nak kedapur lagi tapi apakan daya siang plak udang dan belah belakang perap ngan kicap manis dan sos, pas tu bakar. sotongpun cam tu saya buat. siap bakar saya bagi mereka semua makan. tom yam sea food ada sedikit lagi so saya panaskan kuahnya dan masukkan yee mee, bila dah lembut mee saya masukkan telur sebiji dan hidanglan dlm mangkuk. buatkan sedikit cili api, perah asam limau dan letak kicap. saya hidangkan dan saya pun join sekali. anak-anak semuanya makan dan selesai semua bersihkan meja. Slepas Maghrib bersiap pula pergi ke rumah adik ipar hubby di Mindef, jln gurney. hujan lebat tapi dah berjanji so kena pergi juga. saya bawa sedikit bubur durian dan roti. sampai dirumah cuma ada emak mentua dan anak buah. ruap-rupanya adik ipar saya dan admitted di hospital amapang cause nak bersalin dah. tapi kitaorang makan juga dirumah adik ipar tu sbb mam mentua dan masak nasi. mulanya malas nak makan sbb dah makan tadi tapi ada plak ikan masin dan sambal belacan mmg maaf ler... semua makan. lepas smua makan adik ipar hubby smpai dirumah dan alhamdulillah selamat melhairkan anak lelaki kul 5 ptg hari sabtu. semuanya sihat. cadang nya nak jengok juga mlm tu tapi tak leh masuk. so esok , ahad kitaorang akan melawat adik hubby di hospital ampang. tepat kul 9.30 mlm kitaorang berangkat pulang hujan masih berlarutan. sampai umah dlm 10.30mlm. apalagi semua dah kenyang tidur ler tapi saya masih lagi berjaga sbb nak lipat kain ler plak...adussss

No comments:

Post a Comment